bunian
nasron43
Misteri - bunian
Oleh Nasron Sira Rahim
DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi hari demi hari, masih terdapat satu kehidupan yang sama seperti kehidupan masyarakat manusia. Bagaimanapun, dunia itu tidak dapat disingkap manusia biasa lantaran kemampuan penglihatan terhad yang ditetapkan Allah SWT.
Justeru kita tidak dapat melihat dunia terselindung itu. Tetapi bagi mereka yang diizinkan Allah menjenguk sebentar ke alam itu, mereka mengakui bahawa ia benar-benar menyamai alam manusia.
Penduduknya memiliki budaya seakan-akan dengan budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia malah kegiatan mereka juga persis kita.
Penghuni dunia ghaib itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan yang sama seperti manusia; cuma manusia saja yang tidak menyedari kehadiran mereka yang mungkin berada di sebelah kita.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia adalah mereka jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna tidak seperti kita yang seluar warna lain dan baju warna lain,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain daripada warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian adalah sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk seperti bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 00 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini terdapat dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal-usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya sendiri; asal bunian berlaku apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah terdapat perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya juga membuktikan bahawa kes perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya adalah manusia yang alim dan soleh, sentiasa taat kepada perintah Allah SWT tetapi akhirnya akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu untuk berhadapan dengan manusia, mereka kemudian berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia lain. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila terdapat jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi masih suci daripada dosa menyebabkan dia dapat melihat bunian atau jin. Itu tidak benar, sebenarnya bayi yang dapat melihat perkara ghaib itu kerana terdapat bunian atau jin yang menumpang di badannya.
“Terdapat satu kes seorang bapa mengatakan anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda-benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu sendiri menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian untuk menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu.
Satu penyebab lain adalah manusia itu sendiri mempelajari ilmu tertentu untuk melihat bunian, sama seperti bunian atau jin yang mempelajari ilmu untuk menzahirkan dirinya di hadapan manusia.
Dr Jahid kemudian menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes berlaku di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda yang masuk ke dalam hutan mencari rotan tetapi apabila hari hampir malam, seorang daripada mereka sesat dan hilang. Seorang saja yang pulang dan menceritakan kisah itu kepada keluarga mangsa dan penduduk kampung,” katanya.
Satu operasi dijalankan untuk mencari pemuda yang hilang tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan cerita-cerita kehilangan pemuda itu kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
Bagaimanpun, secara tiba-tiba, kira-kira setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri sehingga menimbulkan kegemparan dan tanda-tanya di kalangan keluarga.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika sedang berusaha mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah seperti rumah penduduk kampung yang biasa, dalam hutan itu. 22.
Selepas berehat semalaman di rumah itu, pemuda itu meminta izin untuk pulang tetapi disuruh pemilik rumah supaya tinggal saja bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mertuanya sama ada untuk terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih bersama anak dan isterinya di alam bunian.
Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan sebelum penerbangan. Dalam sebuah bilik, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kampung kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Johor, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi tetapi pemandu itu berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Tetapi apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di kawasan itu, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dijumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung sudah ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.
Kes ketiga yang dirujuk kepadanya lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan kepada Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya iaitu lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis terbabit dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu bagaimanapun enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri itu selama dua tahun, akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu akhirnya bersetuju berkahwin dengan bunian terbabit.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita terbabit dalam meneruskan kehidupannya.
FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi ia adalah keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. - Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home