yakjuj makjuj
nasron50
Misteri - Yakjuj dan Makjuj
Oleh Nasron Sira Rahim
DI sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir di seluruh pelusuk dunia pada hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk yang misteri.
Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.
Bagaimanapun kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, ia akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.
Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains akan dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru yang dijumpai ketika ini kerana ketika munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!
Sejak dikurung di dalam benteng oleh Iskandar Zulkarnain ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ makhluk digelar Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.
Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan di dalam al-Quran dan tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda-tanda besar berlakunya kiamat.
Sehubungan itu, segala fakta dan cerita mengenai Yakjuj dan Makjuj tidak harus sekadar bersandarkan kepada logik akal sebaliknya ia diimani dengan dalil naqli berasaskan al-Quran dan hadis.
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang turut berasal daripada keturunan Nabi Allah Adam AS.
Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang sehinggalah mereka dikurung di suatu tempat oleh Iskandar Zulkarnain.
“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya.
Allah berfirman dalam ayat dari surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Iskandar Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.
“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubangkannya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’.
Dalam ayat daripada surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim’.”
Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.
“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan mengenai ciri fizikal bangsa Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia.
“Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Iskandar Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.
Pendapat lain menambah yang yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan dari bangsa Tartar dan Mongul. Beliau berkata, kebanyakan ulama juga menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan dari dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Iskandar Zulkarnain itu.
Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek benteng itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan menerusi kekuasaan-Nya sehinggalah hampirnya hari kiamat.
“Allah akan mengizinkan benteng itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan kewujudan itu menjadi satu daripada 10 tanda-tanda besar kiamat,” katanya.
Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan teramat di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan makhluk itu.
“Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di kawasan pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; selepas itu baginda berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang bahagian belakang badan mereka sehingga mati.
“Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati dan menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.
FAKTA
Yakjuj dan Makjuj
- ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.
- memiliki zuriat yang ramai sehingga dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.- tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.- muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.
- dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman Baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Iskandar Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home