misteri jenglot terbongkar
nasrondna
Misteri - Jenglot terbongkar.
Oleh Nasron Sira Rahim
MUNGKIN antara misteri terbesar yang berjaya dibongkar pada tahun ini adalah kesahihan kewujudan Jenglot yang dikatakan makhluk mistik dan spesies hidupan baru yang masih belum dikenal pasti dunia sains moden serta tercatat dalam katalog hidupan biologi ketika ini.
Selama hampir 10 tahun, makhluk kecil dengan wajah mengerikan itu sememangnya menjadi momokan yang meremangkan bulu roma sesiapa yang melihatnya. Perasaan seram menyelimuti individu yang meneliti struktur jasadnya dan tidak mustahil trauma terhasil tatkala diminta berseorangan dengan makhluk itu.
Debaran semakin kencang ketika diwar-warkan bahawa makhluk itu minum darah manusia, kuku dan rambutnya semakin panjang serta mampu bergerak walaupun penonton sekadar melihat ia kaku di pameran yang diadakan serata Nusantara.
Misteri mengenai mistik Jenglot semakin membingungkan apabila penyelidikan pengkaji paranormal mendapati ‘makhluk’ itu kononnya memiliki aura yang ganas. Bacaan alat pengukur gelombang elektromagnetik (EMF) terus melonjak sebaik diletakkan berhampiran makhluk itu.
Pening dan timbul tanda tanya juga kumpulan pengkaji paranormal pada peringkat awal kajian apabila memikirkan lonjakan bacaan elektromagnetik turut berlaku apabila unsur paranormal seperti jin dan hantu dikesan. Justeru adakah makhluk seram itu juga tergolong dalam kumpulan serupa?
Jenglot mula dipertontonkan kepada umum di Jakarta, Indonesia pada 1997. Menurut pemilik atau orang pertama yang memperkenalkannya kepada umum, makhluk itu pada ribuan tahun lalu adalah manusia yang bertapa dan mempelajari ilmu dinamakan Bethara Karang iaitu ilmu untuk hidup abadi.
Diceritakan akibat mempelajari ilmu terlarang itu, jasad manusia terbabit tidak diterima bumi, manakala rohnya ditolak naik ke langit. Lalu jasad itu kemudian semakin mengecil hinggalah ke saiz Jenglot sekarang.
Pemiliknya mendakwa memperoleh makhluk itu daripada ‘seseorang’ pada 1972 di kawasan pantai Jawa Timur dan selepas 25 tahun, barulah beliau membuat keputusan untuk mengumumkan kewujudan makhluk itu kepada umum.
Sejak itu, suatu yang pelik berlaku; semakin ramai mendakwa memiliki Jenglot malah pameran demi pameran diadakan untuk mempertontonkan makhluk itu kepada umum.
Bagaimanapun, kepercayaan terhadap Jenglot sebagai makhluk mistik dan spesies hidupan baru yang masih belum ditemui, semakin diragui dan akhirnya dinafikan ketulenannya menerusi seorang saintis tempatan, Dr Zafarina Zainuddin.
Menggunakan sains sebagai medium kajian, pastinya kenyataan pakar DNA dari Universiti Sains Malaysia itu tidak dapat disangkal mana-mana pihak.
Dr Zafarina berkata, petunjuk kepada persoalan mengenai mana-mana makhluk misteri atau mistik mampu dijawab menggunakan sains dan teknologi DNA dan jika sesuatu bahan itu memiliki DNA, maka ia adalah sejenis hidupan dan jika sebaliknya, ia mungkin diperbuat daripada bahan lain, sama seperti anak patung yang diperbuat daripada plastik atau kayu.
Penyelidik itu bagaimanapun berkata, walaupun terdapat DNA, sesuatu makhluk itu tidak semestinya spesies baru kerana kemungkinan makhluk itu diperbuat daripada bangkai hidupan yang diawetkan.
“DNA terdapat dalam semua sel hidup yang memiliki nukleus. Setiap organisma hidup hanya mempunyai satu profil DNA bagi semua bahagian tubuhnya seperti profil DNA sel rambut adalah sama dengan profil DNA sel darah, sel tulang dan sebagainya,” katanya.
Skeptikal dengan kenyataan bahawa Jenglot itu adalah makhluk mistik atau spesies hidupan baru yang masih menyembunyikan diri dari perhatian dunia, Dr Zafarina meletakkan beberapa helai rambut Jenglot ke dalam alat mengkaji DNA. Proses demi proses di lakukan dengan teliti.
“Sekiranya ujian DNA membuktikan bahan yang diuji memiliki lebih dari satu profil DNA, contohnya profil DNA rambut berlainan dengan tulang, ini menunjukkan bahan diuji itu dicantumkan daripada beberapa hidupan berbeza,” katanya.
Selepas beberapa lama melakukan kajian bagi mencari teka-teki makhluk itu, akhirnya Dr Zafarina tersenyum sebaik hasil kaji selidik diperoleh. Keputusan itu memang dalam jangkaannya.
“Beberapa helaian rambut Jenglot yang saya kaji memiliki DNA rambut manusia yang berbeza, tidak mungkin ia spesies hidupan baru,” katanya yang mengakhiri misteri dan teka-teki selama hampir 10 tahun mengenai makhluk itu.
Kemudian satu demi satu fakta yang ditemui semakin menyangsikan Jenglot sebagai makhluk mistik. Bacaan elektromagnetik dari jasad makhluk itu disebabkan terdapat jarum besi di dalamnya.
X-ray yang menunjukkan adanya struktur tulang pada Jenglot tidak dapat ditentukan berikutan Dr Zafarina tidak mendapat kebenaran untuk membedah sampel makhluk itu. Tetapi berdasarkan pemerhatian, tidak mustahil ia adalah struktur tulang haiwan kecil yang sudah mati. Tambahan pula Jenglot itu sudah diawetkan.
“Secara peribadi, melalui pemerhatian ke atas Jenglot ini, saya berpendapat ia adalah benda yang dicantum daripada beberapa bahagian haiwan lain. Melalui X-Ray, terdapat dawai untuk mengikat sendi kepada tangan dan kaki yang menyerupai kaki ayam dan burung,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa ia boleh bergerak dan memiliki kuasa mistik, Ketua Pengkaji Paranormal Seekers, Syed Abdullah Al Attas, berkata mana-mana bahan termasuk anak patung juga boleh bergerak jika dipuja atau terdapat jin yang memasuki bahan itu.
Kesimpulan daripada pembongkaran ini adalah Jenglot bukan spesies hidupan aneh atau mistik, ia sekadar ‘patung’ seperti patung Barbie tetapi bezanya, ia mungkin dibuat daripada bangkai haiwan!
tamat.

0 Comments:
<< Home