Panglima Awang AKA Enrique of Malacca
Jejak - Panglima Awang, manusia pertama membuktikan Bumi bulat
Nobatkan Melayu sebagai bangsa yang mencipta sejarah dunia
FAKTA
Panglima Awang
- asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.
- ‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.
- walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya ia tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.
- Dr Tuah berpandangan walaupun sejarah Panglima Awang tidak tercatat dalam sejarah Melayu, ia tidak semestinya tidak wujud kerana tidak semua peristiwa sejarah direkodkan tambahan pula peranan Panglima Awang lebih di luar negara. Pencatat sejarah ketika zaman dulu pula tidak ramai, hanya Tun Sri Lanang malah catatan berkisar kepada kerajaan dan dalam negeri.
Oleh Nasron Sira Rahim
"MASYARAKAT kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapa Panglima Awang.
"Kita lupa bahawa Panglima Awang adalah manusia pertama yang mengelilingi dunia. Ya, Panglima Awang membuktikan bahawa Melayu adalah bangsa pertama yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya bangsa Barat," kata penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar.
Matanya masih memandang tepat ke arah saya yang bersedia meletakkan pen di muka kertas untuk mencatatkan peristiwa besar bangsa Melayu yang sudah hilang dari lembaran sejarah negara ini.
Suasana hening di pejabatnya di Bandar Manjalara, Kuala Lumpur seolah-olah menggambarkan kesayuan yang terdetik di jiwanya tatkala mengenangkan sejarah Panglima Awang.
Ada nada kesal dalam intonasi suaranya ketika menceritakan mengenai pahlawan Melayu itu. Betapa Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa gerangan lelaki itu. Jasa Panglima Awang bukan kecil.
Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan masyarakat dunia ketika itu kononnya Bumi berbentuk leper adalah salah. Lelaki Melayu itu sebaliknya membuktikan bahawa Bumi adalah bulat yang menghubungkan Timur dengan Barat. Lelaki Melayu itu jugalah individu pertama yang mengelilingi dunia.
Semua usaha itu bukan kecil, sumbangan Panglima Awang adalah peristiwa besar yang mengubah catatan sejarah dunia. Sayangnya jasa pahlawan bangsa itu seolah-olah hilang bersama angin lalu. Tidak seperti Hang Tuah, Tok Janggut, Parameswara mahupun Pak Pandir, tidak ramai yang mengetahui kisah sejarah besar Panglima Awang.
Dr Tuah tunduk memandang novel berkulit hitam berjudul 'Enrique Mengundang Jauh' yang dihasilkannya sekitar 10 tahun lalu. Usahanya selama empat tahun dalam mengkaji sejarah hidup dan ekspedisi Panglima Awang mengelilingi dunia menatijahkan novel berkenaan yang akhirnya dipilih sebagai finalis Hadiah Sako 2 Bagi Novel Nasional 2002.
Daerah sepi mula membangun pada petang pertemuan kami. Dr Tuah masih terdiam, mungkin sedang mengimbau kembali liku-liku perjalanan hidup Panglima Awang yang dinafikan sejarah.
Seketika dia memandang saya.
"Sejarah besar itu bermula pada ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511," sambung Dr Tuah seterusnya memulakan kisah besar seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu itu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, Panglima Awang dan ratusan pemuda Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat untuk mengusir penjajah laknat, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda-pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa yang lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka.
Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada Enrique, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengurus ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan itu.
Cerita awal mengenai sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Spanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya.
Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Spanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferninand selaku pelayar hebat Portugal semamangnya dikagumi orang Spanyol.
Di Spanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan sepenuhnya apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Spanyol.
Tugas itu disambut baik dua lelaki imigran itu. Sepuluh tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga 10 kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Spanyol itu akhirnya sampai di pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Spanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Spanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Dunia Barat masih dunia yang misteri, entah bahaya apa yang menanti di bumi Barat jika mereka menjengah.
Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai kelasi kepada lima kapal mereka dengan tawaran kebebasan dari dipenjara dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu.
Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian Elcano dan pencatat pelayaran, Figafetta.
Tahun 1519, lima kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat payah berikutan anak kapal iaitu banduan adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam pelayaran malah ada yang jatuh sakit dan mati. Ramai juga yang mula memberontak dan meminta Ferdinand berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik yang sedikit renggang kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan padu Panglima Awang.
Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan dikelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan.
Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka sudah berakhir dan satu lagi daratan sudah ditemui. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan bahawa telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati terdapat pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu.
Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya juga iaitu Melaka semakin menghampiri. Kepastiannya mengenai Bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut dengan gembira.
Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal-kapal Spanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat melarikan diri.
Kematian Ferdinand menyebabkan seorang kapten baru terpaksa dipilih. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi lelaki itu tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudikan pelayaran itu dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila mereka melintasi negeri itu.
Akan tetapi khuatir mereka diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Spanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang itu.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Spanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Spanyol.
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Spanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka mengadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingan harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu. Tetapi bukti berkenaan tetap direkodkan.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi Bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.
“Mengikut catatan sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing,” kata Dr Tuah menamatkan kisah perjalanan pahlawan Melayu yang tidak didendang itu.
Sepi kembali bertamu selepas beliau menamatkan cerita sejarah itu. Dr Tuah masih merenung novel sejarah yang dihasilkannya, dalam diam dia mungkin tertanya-tanya mengapa jasa besar pahlawan Melayu terhadap dunia itu tidak di martabat dan diperjuangkan haknya oleh bangsa Melayu.
Walaupun agak terkilan, hatinya sedikit terubat apabila usaha kecilnya menulis novel itu berjaya merekodkan catatan sejarah mengenai Panglima Awang dalam Bahasa Melayu, jika tidak, pasti ia mungkin terus hilang ditelan masa.
Sememangnya sukar menemui catatan dan kajian tokoh itu untuk tatapan generasi muda dan usaha itulah yang menggerakkan hati Dr Tuah untuk menulis mengenai Panglima Awang.
Bagaimanapun, dalam diam, dia masih tertanya-tanya. Adakah sejarah dan jasa Panglima Awang akan terus dilupakan bangsanya sendiri?
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home