gergasi
Publication : BM
Edition :
Date : 11/06/2006
Page Number : 10
Headline : Tiada manusia gergasi
Words : 617
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
DALAM tempoh hampir seminggu, awal April lalu, umat Islam negara ini
diselubungi tanda tanya apabila sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambar
kononnya penemuan rangka manusia gergasi di Arab Saudi.
Selain itu, gambar berkenaan yang menunjukkan dua petugas cari gali di
samping rangka besar itu turut diedarkan secara meluas di internet dengan
dakwaan ia adalah rangka kaum Nabi Hud iaitu kaum Aad.
Rangka itu dikatakan dijumpai di kawasan gurun di negara itu oleh
sepasukan ahli cari gali sumber gas bumi. Ramai yang mempercayai gambar
berkenaan.
Bagaimanapun, jawapan bagi misteri gambar itu juga ada di internet
apabila satu laman web turut memuatkan gambar sama selain pelbagai lagi
gambar yang lebih `mengejutkan' termasuklah gambar rangka manusia sebesar
telapak tangan!
Semua gambar itu bukanlah asli sebaliknya koleksi gambar terbaik yang
direka dalam pertandingan menghasilkan gambar tiruan menggunakan perisian
komputer, Adobe Photoshop. Alamat laman web itu
adalah:http://urbanlegends.about.com/gi/dynamic/offsite.htm?site=http://ww
w.worth1000.com/cache/contest/contestcache.asp%3Fcontest%5Fid=447%26dis
play=photoshop
Meneliti gambar berkenaan mengingatkan kita mengenai antara kisah momok
yang sering diceritakan kepada kanak-kanak iaitu gergasi. Bagaimanapun
persoalan yang timbul adalah - benarkah gergasi itu wujud?
Kita memang mengetahui ada haiwan yang saiznya lebih besar daripada
manusia antaranya ikan paus dan dinosaur tetapi dalam pelbagai kisah
berkenaan, gergasi digambarkan sebagai manusia yang tubuhnya besar
berpuluh kali ganda daripada manusia biasa.
Malah ada segelintir penceramah atau guru agama menyatakan bahawa umat
terdahulu termasuk Nabi Adam AS memiliki saiz tubuh yang besar malah ada
yang mengatakan melebihi pohon kelapa manakala usia hayat mereka pula
melebihi ratusan tahun.
Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, Prof Madya Dr Che Zarrina Sa'ari, berkata memang ada
kenyataan seperti itu tetapi tidak dapat dipastikan dan hanya sekadar
teori.
"Mengikut kenyataan itu, umat Nabi terdahulu bersaiz besar tetapi ia
mengalami peredaran masa menyebabkan berlakunya evolusi saiz tubuh dan ia
semakin mengecil sehingga sekarang.
"Bagaimanapun, sehingga kini, tidak terdapat penemuan dari sudut sains
atau arkeologi yang menyokong kenyataan itu dan ia tidak dapat dipastikan
kesahihan serta kekal sebagai teori," katanya.
Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada wujud kitab kuno yang
menerangkan kenyataan berkenaan tetapi menjelaskan bahawa fakta berkenaan
tidak tertera di dalam al-Quran.
Berbanding individu Asia yang memiliki ketinggian sekitar 1.8 meter dan
berat sekitar 100 kilogram, manusia tertinggi seperti direkodkan Guinness
World of Records setinggi 2.72 meter manakala manusia paling berat di
dunia memiliki keberatan 635 kilogram.
Bagi mencari misteri gergasi di dunia ini, petunjuk yang ada hanyalah
penemuan arkeologi mengenai rangka manusia dan sehingga kini, kebanyakan
bukti saintifik bersandarkan rangka arkeologi itu menunjukkan manusia
terdahulu juga memiliki saiz yang hampir sama manusia masa kini.
Sebagai contoh, fosil tengkorak manusia yang dijumpai di Ethiopia,
Afrika pada 1997 dikatakan menyerupai struktur tengkorak manusia pada
masa kini walaupun fosil itu dikatakan berusia kira-kira 160,000 tahun
lalu.
Begitu juga dengan fosil tengkorak `Peking Man' yang dikatakan berusia
antara 300,000 hingga 500,000 tahun yang dijumpai berhampiran Beijing,
China pada 1929; saiznya tidak jauh beza dengan manusia biasa.
Malah manusia pada Tamadun Mesir iaitu kira-kira 5,000 tahun lalu juga
dikatakan memiliki saiz seperti manusia pada masa kini. Malah mumia
Ramses II iaitu Firaun yang menentang Nabi Musa AS dan kini dipamerkan di
Royal Mummy Museum di Mesir; dikatakan memiliki saiz badan yang kecil
seperti orang Asia, sekitar 1.5 meter tinggi.
Suatu fakta menarik mengenai kepelbagaian bangsa di bumi ini adalah
mereka memiliki struktur tubuh badan berbeza; seperti penduduk Asia
memiliki saiz tubuh yang lebih kecil berbanding masyarakat Barat.
Justeru, mungkinkah manusia bersaiz besar atau gergasi sebenarnya suatu
bangsa yang pernah wujud di dunia ini suatu ketika dulu tetapi akhirnya
pupus akibat suatu faktor tertentu? Jawapannya masih menjadi misteri.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home