peta piri
nasronrencana11
Rencana - misteri peta Piri
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
PETA Piri tidak seharusnya wujud di dunia ini. Begitulah tanggapan logik ramai pihak berikutan pada zaman peta purba misteri itu dihasilkan iaitu sekitar abad ke-16, manusia direkodkan masih belum berjaya menemui kawasan Antartika.
Akan tetapi, sesuatu yang aneh lagi membingungkan adalah peta itu nyata sudah memaparkan bentuk muka bumi kutub selatan itu beratus tahun lebih awal sebelum ia dijumpai manusia.
Justeru bagaimana Antartika boleh tertera pada peta berkenaan sedangkan ia masih belum ditemui pada zaman peta itu dihasilkan? Adakah manusia pada zaman purba sebenarnya sudah berjaya sampai ke kawasan itu atau berjaya mencipta pesawat yang mampu terbang tinggi ke angkasa untuk melukis peta berkenaan? Itulah antara persoalan membingungkan tatkala memikirkan enigma di sebalik kewujudan peta Piri.
Misteri membabitkan peta Piri yang memaparkan kawasan Amerika Selatan, pantai barat Eropah, Afrika Utara dan Antartika mula terbongkar selepas ia dijumpai dalam Istana Topkapi, Istanbul, Turki ketika bangunan itu ditukarkan menjadi muzium pada 1929.
Sejak dijumpai, misteri mengenai peta itu terus menjadi perhatian penyelidik yang bingung memikirkan bagaimana peta kuno itu sudah menunjukkan kawasan Antartika yang sebelum ini direkodkan hanya ditemui buat pertama kalinya pada 1820.
Peta itu dilukis Laksamana Turki, Piri Ibn Haji Memmed atau digelar Piri Reis pada 1513 dan tokoh itu menyatakan bahawa dia melukis peta itu berdasarkan beberapa peta purba yang ditemuinya.
Lebih membingungkan adalah terdapat bahagian peta Antartika itu yang kelihatan seperti bentuk pesisir Queen Maud Land sebelum ia diliputi ais selama ratusan tahun sehingga kini.
Bentuk asal Queen Maud Land sebelum diliputi ais tebal hanya baru diketahui pada zaman moden iaitu selepas peralatan seismografik moden dicipta tetapi peta Piri nyata sudah menunjukkan bentuk asal itu ratusan tahun lalu!
Penemuan itu menyebabkan ramai pihak mengandaikan bahawa terdapat tamadun tertentu pada zaman kuno yang sudah mengetahui kewujudan Antartika lebih awal daripada rekod penemuan manusia moden pada abad ke-19 malah lebih awal sebelum kawasan Queen Maud Land diliputi ais.
Pelbagai teka-teki dan persoalan mengenai peta berkenaan segera menarik minat ramai penyelidik untuk mengkaji misteri yang terselindung di sebalik penghasilannya.
Bingung dengan misteri berkenaan menyebabkan Profesor Charles H Hapgood dan beberapa pelajarnya di Universiti New Hampshire mula mengkaji dengan teliti peta Piri dan beberapa peta purba lain.
Sebaik selesai, beliau menuliskan hasil kajian dalam bukunya, ‘Maps of the Ancient Sea Kings’ yang antara lain mencadangkan pada zaman purba, sudah wujud satu tamadun hebat dari segi sains dan teknologi yang menjelajah seluruh dunia purba dan menghasilkan peta muka bumi pada zaman itu.
Walaupun tamadun purba itu sudah musnah ketika ini, terdapat kesan kajian ilmunya yang terselamat melewati masa dan akhirnya tertera pada peta berkenaan.
Teori Hapgood itu secara tidak langsung menyokong kewujudan Atlantis yang sering diceritakan sebagai tamadun futuristik yang memiliki pesawat terbang pada zaman purba.
Pengkaji, Gavin Menzies, turut bersetuju dengan teori Hapgood tetapi bagi beliau, tamadun hebat berkenaan bukanlah Atlantis tetapi China.
Dalam bukunya ‘1421: The Year China Discovered America’, Menzies menyatakan pada zaman dulu, China sudah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dan menjumpai Antartika lebih awal daripada rekod penemuan moden pada 1820. Menurut beliau, manusia pertama menjumpai Antartika adalah bangsa China iaitu Laksamana Hong Bo yang melakukan pelayaran ke kutub selatan antara 1421 hingga 1423.
Pihak skeptikal pula menafikan bahawa Antartika sudah ditemui dan dilakar dalam peta lebih awal dari 1820. Sebaliknya, mereka berpandangan bahawa pada zaman purba, pembuat peta akan melukis satu kawasan daratan di bawah peta sebagai tekaan bahawa wujud satu dunia lain yang masih belum ditemui.
‘Tekaan’ itu kemudian secara kebetulan didapati benar-benar wujud di kawasan Antartika. Akan tetapi, sekiranya ia satu kebetulan, bagaimana pula bentuk Queen Maud Land sebelum diliputi ais pada peta itu didapati sama dengan penemuan sains moden?
Teori lebih radikal mengenai peta Piri dikemukakan penulis, Eric Von Daniken. Von Daniken mendapati bahawa bentuk muka bumi peta itu sebenarnya dirakamkan dari angkasa dan menyamai bentuk peta yang dirakamkan dari udara Kaherah, Mesir. Beliau mencadangkan bahawa peta itu dirakamkan dari UFO ketika makhluk asing datang melawat Bumi pada zaman purba!
Info
Peta Piri
-kini ditempatkan di Perpustakaan Istana Topkapi di Istanbul, Turki tetapi jarang dipamerkan kepada umum.
-dijumpai dalam Istana Topkapi ketika bangunan itu ditukarkan menjadi muzium pada 1929.
-dihasilkan pada 1513 oleh Laksamana Turki, Piri Ibn Haji Memmed atau digelar Piri Reis.
-menimbulkan misteri apabila terdapat lakaran muka bumi Antartika sedangkan kutub selatan itu hanya dijumpai pada 1820.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home