Empayar Khazar
nasronrencana15
Rencana - Empayer Khazar yang hilang
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
SELEPAS sembilan tahun menjalankan kerja mencari gali di suatu kawasan lapang yang terasing berhampiran Laut Caspian, akhirnya pasukan arkeologi pimpinan Profesor Universiti Astrakhan, Dmitry Vasilyev, menemui pelbagai objek dan kesan aneh di satu daripada lokasi aktiviti mereka, baru-baru ini.
Dengan harapan yang mula membenih di jiwa rasa, mereka meneruskan kerja mencari gali dan meneliti pelbagai artifak yang ditemui di tapak itu antaranya bata terbakar, baju besi, peralatan dapur, barang kemas dan seramik yang masih berkeadaan baik walaupun wujud dan tertanam ratusan tahun lalu.
Akhirnya, selepas berasa yakin dengan hasil penemuannya, profesor arkeologi Russia situ tampil membuat pengumuman penting dalam sejarah arkeologi moden - kota Itil yang hilang secara misteri kira-kira 1,000 tahun lalu akhirnya sudah dijumpai.
Pengumuman penemuan ibu kota Empayar Khazar itu segera mengembalikan minat dan harapan ramai pengkaji sejarah terhadap kerajaan silam yang dikaitkan dengan Yakjuj dan Makjuj serta dipercayai menjadi bangsa asal keturunan Yahudi moden ketika ini.
Dmitry berkata, keyakinan beliau bahawa kota purba yang dijumpai mereka adalah Itil berdasarkan kepada undang-undang empayar silam itu sendiri iaitu bangunan yang dibina menggunakan bata terbakar hanya dibangunkan di kota Itil.
Lokasi tapak kota itu dijumpai iaitu terletak di Laluan Sutera yang menjadi laluan perdagangan antara Eropah dan China suatu ketika dulu juga didapati bertepatan dengan catatan sejarah Arab, Yahudi dan Eropah zaman pertengahan mengenai Empayar Khazar.
“Penemuan ibu kota feudal pertama Eropah Timur ini amat besar ertinya dianggap sebahagian sejarah Russia,” katanya.
Beliau berkata, penemuan seramik yang masih berkeadaan baik itu mampu membantu mengenalpasti hubungan budaya antara Khazar dengan Eropah, Empayar Byzantine dan Afrika Utara.
Empayar Khazar yang dibangunkan dari abad ketujuh hingga ke-10 adalah antara kerajaan silam terkemuka yang kebanyakan bukti kewujudannya hilang secara misteri selepas kejatuhannya. Kebanyakan cerita mengenai kehebatan Empayar Khazar hanya tercatat dalam lembaran sejarah antaranya ditulis Yahudi, Russia, Georgia dan Armenian.
Pada zaman kegemilangannya, kerajaan itu menguasai kawasan yang luas meliputi selatan Russia, Ukraine, Pergunungan Caucasus, Asia Tengah dan Laut Aral.
Penduduk Khazar pada mulanya mengamalkan kepercayaan terhadap animisne dan perbomohan tetapi sekitar abad kelapan atau kesembilan, kerajaan itu mengisytiharkan Judaisme sebagai agama rasmi negara mereka.
Berikutan pengisytiharan agama itu, Empayar Khazar dianggap sebagai satu daripada empayar kegemilangan bangsa Yahudi manakala penduduk Khazar dipercayai menjadi antara moyang bangsa Yahudi moden ketika ini. Bagaimanapun, melewati masa, terdapat penduduk Khazar yang turut menganut agama lain seperti Kristian atau Islam.
Kehebatan Empayar Khazar turut diceritakan menerusi peperangan disertai mereka. Antaranya mereka menjadi sekutu penting Empayar Byzantine ketika menentang Empayar Sassania.
Kerajaan silam itu turut terbabit dalam beberapa siri peperangan termasuk menentang Kerajaan Islam bagi menghalang tersebarnya pengaruh Islam di Eropah Timur dan Caucasus. Perang pertama berlaku pada awal 650 Masihi dan berakhir dengan kekalahan tentera Islam yang dipimpin Abd ar-Rahman ibn Rabiah di luar kota Khazar, Balanjar.
Bagaimanapun, selepas kira-kira 300 tahun berkuasa, pada akhir abad ke-10, kekuasaan Khazar dimusnahkan sebuah kerajaan kecil yang baru ditubuhkan iaitu Rus Kiev.
Kekalahan paling teruk buat Khazar berlaku pada 965 Masihi apabila Putera Rus Kiev, Svyatoslav menawan kubu kuat Khazar di Sarkel. Rus Kiev dipercayai menawan Itil dua tahun kemudian dan selepas itu Empayar Khazar mula runtuh.
Satu puisi Russia pada zaman pertengahan menceritakan mengenai peperangan berkenaan dan menyebut pejuang Russia (Rus Kiev) bertempur dengan gergasi Yahudi (Khazar). Selepas runtuhnya Empayar Khazar, penduduknya berhijrah ke Hungary, Romania, serta Poland dan terdapat teori bahawa penghijrahan itulah menjadi punca tersebarnya bangsa Yahudi ke seluruh negara ketika ini.
Pastinya cerita paling menarik ketika membincangkan mengenai Empayar Khazar adalah bangsa itu dipercayai sesetengah penyelidik berasal daripada serpihan keturunan Yakjuj dan Makjuj iaitu bangsa yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat dan melakukan kerosakan teruk di dunia ini.
Menerusi laman web www.wikipedia.com, dicatatkan bahawa penulis Kristian dan Muslim kadang kala mengaitkan bangsa Khazar dengan bangsa Yakjuj dan Makjuj.
Antaranya pendeta Benedictine, Christian dari Stavelot dalam bukunya ‘Expositio in Matthaeum Evangelistam’ yang ditulis pada abad kesembilan merujuk bangsa Khazar sebagai bangsa nomad yang berasal daripada keturunan Yakjuj dan Makjuj.
Ulama Islam abad ke-14, Ibnu Kathir dalam kitabnya ‘Al-Bidayah wa al-Nihayah’ (Permulaan dan Pengakhiran) turut mengaitkan Yakjuj dan Makjuj dengan bangsa Khazar yang tinggal antara Laut Hitam dan Laut Caspian.
Lembaran sejarah Georgia turut mengaitkan Khazar dengan Yakjuj dan Makjuj malah menggambarkan bangsa itu sebagai ‘lelaki liar dengan wajah hodoh serta berperangai seperti haiwan liar dan memakan darah’.
Pengembara Arab, Ibnu Fadlan dalam catatan perjalanannya ketika mengadakan misi diplomatik untuk menghadap orang suruhan Raja Khazar menyatakan beliau percaya Yakjuj dan Makjuj adalah moyang kepada Khazar.
INFO
Yakjuj dan Makjuj
- Cerita mengenai Yakjuj dan Makjuj dicatatkan dalam al-Quran antaranya menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 dan surah an-Anbiyaa', ayat ke-96 dan 97. Selain Islam, kewujudannya turut dipercayai masyarakat Kristian dan Yahudi dengan nama Gog dan Magog.
- Yakjuj dan Makjuj yang berasal daripada keturunan anak Nabi Nuh AS iaitu Yafis kini dikurung Zulkarnain di suatu lokasi rahsia di dunia ini dan tembok pusat tahanan itu hanya akan runtuh apabila hari hampir kiamat. Peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat.
- Yakjuj dan Makjuj muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.
- Nabi Isa AS kemudian memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka sehingga mati. Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu daripada bumi.
- Selain bangsa Khazar, teori lain mengenai asal keturunan Yakjuj dan Makjuj ialah bangsa bangsa Tartar dan Mongul, Goth, satu daripada 10 puak Yahudi yang hilang dan Russia.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home