musim taufan atlantik 2008
Musim taufan berlarutan
Peramal cuaca akui belum dapat buat jangkaan tepat serangan Gustav, Hanna dan Ike
Susunan Nasron Sira Rahim
ENAM bulan terakhir 2008 menjadi mimpi ngeri buat penduduk kawasan barat Lautan Atlantik Utara kerana lebih tiga taufan melanda mereka bagi menghasilkan kesan kemusnahan yang teramat dahsyat dan mengancam jutaan nyawa.
Bimbang dan rasa takut tercetus setiap kali mendapati hujan lebat masih tidak reda, angin kencang masih tidak hilang. Ketibaan Musim Taufan Atlantik 2008 yang menyaksikan amukan taufan Hanna, Gustav, Ike, serta Josephine di kawasan itu didepani dengan debaran yang bagai tidak berkesudahan selagi tidak berakhirnya tarikh 30 November.
Setiap kali tibanya musim taufan, penduduk sering bertanyakan dua soalan kepada peramal cuaca - adakah ia akan melanda saya? Berapa kekuatan bencana alam itu?
Kesan kemusnahan akibat taufan jelas terlihat dan direkodkan, lihat saja kawasan penduduk di Haiti yang terpaksa menahan kemaraan Taufan Hanna, Gustav dan Ike yang hanya berselang dalam tempoh singkat.
Seorang pegawai kanan Haiti menyifatkan kesan taufan ke atas negara itu sangat dahsyat. Beribu-ribu rumah musnah, jambatan runtuh, ratusan nyawa melayang manakala ratusan ribu kehidupan penduduk lagi terjejas teruk.
Terbaru, ancaman taufan Ike yang sudah menyebabkan sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh itu di Caribbean, kini dikatakan sedang menuju Texas dan dijangka melanda negeri Amerika itu selewat-lewatnya hari ini.
Hakikatnya, kemusnahan dan kematian akan bertambah selagi musim taufan itu belum berakhir. Ike yang
menjadi taufan ketiga pada musim kali ini dijangka terus mengancam dari 1 Jun hingga 30 November ini.
Pakar kaji cuaca kini mampu meramal lokasi taufan akan melanda tetapi mereka menyedari yang mereka tidak memiliki kemahiran tinggi untuk menganggarkan kekuatan bencana alam itu melewati masa.
Justeru, pegawai kerajaan kini terpaksa mencari keseimbangan antara memberi amaran terhadap penduduk supaya bersedia dan tidak mencetuskan ketakutan dan panik.
Itulah cabarannya ketika dunia berhadapan dengan Taufan Gustav yang melanda kebanyakan kawasan sepanjang pantai Teluk Amerika termasuk New Orleans dan beberapa kawasan yang pernah dibinasakan Taufan Katrina pada 2005.
Sejak dua dekad lalu, peramal cuaca berjaya mengurangkan separuh daripada kesalahan mereka ketika meramal laluan taufan menyebabkan amaran lebih tepat dapat diberikan kepada penduduk yang berhadapan dengan risiko bencana alam itu.
Profesor Madya Meteorologi Universiti Miami, David Nolan, berkata saintis memiliki pemahaman terhad mengenai bagaimana taufan terbentuk dan berinteraksi dengan atmosfera serta lautan. Ini bermakna model kompleks taufan janaan komputer yang meramalkan kesan kemusnahan bencana alam itu kadang-kala bersandarkan kepada maklumat tidak tepat mengenai bagaimana taufan itu berfungsi.
Walaupun menggunakan satelit, radar, pesawat peninjau taufan dan menjalankan pemerhatian, penyelidik masih sukar memperoleh gambaran jelas mengenai apa yang berlaku di dalam taufan.
Pengarah Pusat Taufan Kebangsaan, Bill Read, berkata kadang-kala ramalan pengkaji cuaca adalah tidak tepat menyebabkan taufan tidak melanda kawasan dijangka walaupun penduduk sudah dipindahkan. Akan tetapi, petugas kecemasan tidak memiliki pilihan dan terpaksa mengeluarkan ramalan itu bagi mengelak kemungkinan lebih ramai penduduk menjadi mangsa.
Read berkata, hasrat kerajaan Amerika adalah untuk mengurangkan kesilapan jangkaan laluan taufan kepada separuh dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Peningkatan dalam kemampuan meramal kekuatan taufan bagaimanapun sukar untuk dijanji kerana banyak faktor lain antaranya saiz taufan, hujan lebat dan banjir akan memberi kesan terhadap kekuatan sesuatu taufan.
“Saya akan menjadi ghairah jika kita dapat meramalkan perubahan kekuatan taufan 24 jam lebih awal yang mana isu itu adalah masalah utama bagi kesilapan kita ketika ini,” katanya.
Berhadapan dengan taufan, sains kini menjadi semakin mengelirukan sejak bermulanya Katrina. Kajian mencadangkan bahawa kekuatan taufan pada masa akan datang akan meningkat berdasarkan lokasi tetapi akan menurun berdasarkan pelbagai faktor lain.
Laporan agensi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada tahun lalu menyatakan bahawa pemanasan cuaca akan menjadikan taufan lebih ganas pada masa akan datang. Kajian terhadap rekod taufan mendapati keadaan seperti itu sudah dapat dilihat ketika ini.
Laporan Profesor Meteorologi Institut Teknologi Massachusetts, Kerry Emanuel, pada 2005 menunjukkan taufan tropika di barat lautan Pasifik dan Atlantik sudah menjadi bertambah kuat berbanding 50 tahun lalu. Kajian lain turut menyimpulkan bahawa kekerapan berlakunya taufan tropika paling ganas bertambah dua kali ganda di seluruh dunia sejak awal 1970-an.
Sesetengah saintis turut mengaitkan bertambahnya jumlah taufan di utara lautan Atlantik adalah disebabkan pemanasan cuaca.
Jumlah ribut tropika yang berlaku di seluruh dunia pada setiap tahun sepanjang 100 tahun lalu hanyalah sekitar 90 kes tetapi kini terdapat peningkatan mendadak mengenai kejadian alam itu di utara Lautan Atlantik.
Dari 1850 hingga 1990, jumlah purata keseluruhan ribut tropika di utara Lautan Atlantik adalah sekitar 10 kes dengan lima daripadanya adalah taufan. Bagaimanapun, sejak 1995, purata kes bagi setiap sedekad mula meningkat antaranya dari 1997 hingga 2006, berlaku 14 ribut tropika dengan lapan daripadanya adalah taufan.
FAKTA NOMBOR:
# 12
mangsa maut dalam Taufan Gustav yang melanda Republik Dominica, Haiti, Jamaica, Kepulauan Cayman, Cuba, Pantai Timur Amerika
# 536
mangsa maut dalam Taufan Hanna di Turks & Caicos, Bahamas, Hispaniola, Pantai Timur Amerika, Atlantik Kanada
# 80
mangsa maut dalam Taufan Ike di Republik Dominica, Haiti, Cuba sehingga Rabu lalu
CAPTION:
1. Gambar udara menunjukkan kawasan yang banjir akibat dilanda Taufan Gustav di Rigolets, timur New Orleans, Amerika pada 1 September lalu.
2. Penduduk melalui kawasan jalan yang musnah selepas dilanda Taufan Gustav di Los Palacios, wilayah Pinar del Rio, Cuba pada 31 Ogos lalu.
3. Mangsa melalui kesan runtuhan di jalan yang musnah akibat dilanda Taufan Ike di Baracoa, Cuba pada 8 September lalu.
4. Penduduk mengharungi banjir yang dicetuskan Taufan Ike di Key West, Florida, Amerika, pada 9 September lalu.
5. Seorang wanita membasuh bajunya di Gonaives, Haiti pada 5 September lalu selepas kawasan itu dilalui Taufan Hanna.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home