story lama Jenglot sebelum terbongkar
Date : 16/04/2006
Page Number : 10
Headline : Rahsia Jenglot belum terjawab
Words : 853
Byline : Oleh Nasron Sira Rahim
Text :
KEWUJUDAN makhluk kenit yang digelar Jenglot sememangnya misteri. Sejak
dipertontonkan kepada umum di Jakarta pada 1997, masih wujud pelbagai
rahsia yang tidak terjawab malah persoalan mengenai asal-usul makhluk
sebesar telapak tangan itu masih menjadi tanda tanya.
Adakah ia spesies baru haiwan yang ditemui di dunia ini atau manusia
yang disumpah kerana mengamalkan ilmu sihir pada ribuan tahun dulu
seperti didakwa pemiliknya, Hendra Hartanto, seorang pengusaha restoran
dari Surabaya, Indonesia.
Hendra mendakwa memperoleh makhluk itu daripada 'seseorang' pada 1972
di pantai Ngliyep, Malang, Jawa Timur dan selepas 25 tahun, barulah
beliau membuat keputusan untuk mengumumkan kewujudan makhluk itu kepada
umum.
Jenglot menyerupai manusia tetapi saiz tubuhnya kecil sekitar 10.65
sentimeter (sm), memiliki bahagian menyerupai kepala, badan, tangan dan
kaki. Ia memiliki taring, kuku dan rambut yang lebih panjang daripada
saiz badannya iaitu 30sm.
Pemiliknya mendakwa makhluk seberat 37.2 gram itu tidak bergerak
seperti haiwan lain; ia berdiam diri dan kaku ketika dilihat orang dan
bergerak apabila bersendirian. Beliau mengatakan keadaan itu disebabkan
posisi kaki, tangan dan matanya akan berubah setiap kali ditinggalkan,
manakala kuku dan rambut makhluk itu akan semakin memanjang.
Hendra memberi darah manusia yang dicampur minyak wangi sebagai makanan
kepada Jenglot tetapi tidak pernah melihat bagaimana makhluk itu makan
sebaliknya sekitar 18 jam selepas disajikan, bahan makanan itu akan
berkurangan.
Bagaimanapun, ramai yang enggan mengakui kewujudan Jenglot sebagai
antara hidupan aneh dan baru di dunia ini menyebabkan Hendra membawa
makhluk itu ke makmal Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo (RSCM) Jakarta,
untuk diuji secara klinikal.
Di bahagian forensik RSCM, Jenglot diuji menggunakan peralatan Rontgen
dan Mamo untuk mengetahui struktur tulangnya selain ujian kimia untuk
mengetahui bahan mineral yang membentuk Jenglot. Foto yang dihasilkan
peralatan itu mendapati ia tidak memiliki tulang.
Seterusnya ujian CT Scan dilakukan terhadap Jenglot tetapi hasil yang
diperoleh tetap sama - struktur dalamannya tidak seperti manusia. Lalu
muncul tiga hipotesis mengenai hasil ujian itu.
Kemungkinan Jenglot adalah manusia yang memiliki struktur fizikal yang
sudah berubah, manakala kemungkinan kedua adalah sel kulit makhluk kecil
itu menghalang peralatan perubatan itu daripada melihat bahagian
dalamannya. Kemungkinan lain adalah Jenglot adalah spesies kehidupan baru
yang belum ditakrif bentuk biologinya oleh dunia sains moden.
Tidak berpuas hati dengan hasil uji kaji itu, pakar forensik dan
saintis RSCM menguji DNA (deoxyribose nucleic acid) makhluk itu dengan
andaian jika terdapat DNA, maka makhluk itu adalah hidupan dan
sebaliknya, ia bukanlah benda hidup.
DNA diperoleh daripada rambut dan kulit Jenglot dan sampel sel itu
dianalisis dengan kaedah PCR (Polymerase Chain Reaction) dan ia diuji
bagi mengkelaskan hasilnya sama ada DNA berjenis manusia atau haiwan.
Keputusannya amat mengejutkan, DNA Jenglot menyerupai dan mengandungi
ciri-ciri DNA manusia! Begitu juga penelitian terhadap struktur rambut
makhluk itu yang terdiri daripada akar yang diselimuti gelembung sebagai
medan tumbuh rambut, kulit rambut, dan di dalam kulit rambut terdapat
sumsum rambut.
Bagaimanapun, struktur rambut Jenglot tidak sama seperti rambut manusia
sebaliknya hanya memiliki ciri yang hampir menyamai rambut manusia.
Dengan pengakuan daripada pemiliknya bahawa makhluk itu hanya bergerak
apabila tidak dilihat manusia, saintis RSCM menjalankan ujian menggunakan
kamera untuk mengambil gambar pada senggang waktu berbeza.
Perbezaan jelas terlihat pada dua gambar yang diambil itu; gambar kedua
menunjukkan bola mata Jenglot berubah daripada gambar pertama sekali gus
membuktikan kenyataan Hendra.
Saintis RSCM semakin berminat untuk mengkaji hidupan itu dan membuat
keputusan untuk menjalankan pembedahan bagi meneliti organ dalaman
Jenglot tetapi cadangan itu tidak dipersetujui Hendra yang khuatir ia
akan merosakkan makhluk itu.
Hasil ujian makmal itu akhirnya semakin menimbulkan misteri dan tanda
tanya mengenai apakah sebenarnya makhluk Jenglot yang dikatakan sudah
berusia 300 tahun itu.
Hendra mendakwa Jenglot pada ribuan tahun lalu adalah manusia yang
bertapa dan mempelajari ilmu dinamakan Bethara Karang iaitu ilmu untuk
hidup abadi. Akibatnya, jasad manusia itu tidak diterima bumi,manakala
rohnya ditolak naik ke langit. Jasad manusia itu kemudian semakin
mengecil hinggalah sekarang.
Kesahihan cerita itu bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tetapi
jelasnya sihir iaitu antara amalan dan ilmu yang bertentangan dengan
syariat Islam memang terdapat di dalam Islam seperti firman Allah SWT:
"Sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barang siapa yang menukarnya
(kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat
dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual diri-nya dengan sihir, kalau
mereka mengetahui," -(al-Baqarah: 102).
Kewujudan Jenglot sebagai suatu spesies baru juga tidak mustahil kerana
di sebalik tumbuhan dan haiwan yang terjangkau pada pandangan manusia,
sebenarnya masih banyak hidupan lain yang kewujudannya masih menjadi
misteri di dunia berusia jutaan tahun ini.
Malah, dianggarkan kira-kira 2,000 spesies baru hidupan laut ditemui
pada setiap tahun sekali gus membuktikan bahawa keupayaan manusia
termasuk dalam menerokai rahsia alam sebenarnya amat terbatas seperti
firman Allah: "Katakanlah: jika lautan menjadi tinta untuk (menulis)
kalimat Tuhanku, habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat
Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding
dengannya sebagai bantuan," -(al-Kahfi: 109).
INFO
Makhluk Jenglot
* Asal usul makhluk sebesar telapak tangan masih misteri
* Hendra memperoleh Jenglot daripada seseorang di pantai Ngliyep, Jawa
pada 1972.
* Jenglot dipertontonkan kepada umum di Jakarta pada 1997
* Size Jenglot sekitar 10.65sm. Memiliki taring, kuku dan rambut lebih
panjang daripada saiz badan.
* Ujian CT Scan oleh bahagian forensik RSCM menunjukkan struktur
dalamannya tidak menyerupai manusia
* DNA Jenglot menyerupai dan mengandungi ciri-ciri DNA manusia
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home