siri 6 - ted bundy
nasron42
Fail Jenayah - Ted Bundy
SIRI VI - Kajian psikologi terhadap Ted
SESIAPA yang melihat wajah Ted Bundy, pasti tidak menyangka yang lelaki itu adalah pembunuh bersiri.
Wajah kacak dan tenang, karisma yang penuh berkeyakinan dan latar belakang pendidikan serta pembabitannya dalam politik tidak memungkinkan lelaki itu dianggap penjenayah gila yang memburu gadis untuk dibunuh dengan kejam.
Sejarah pembabitan Ted Bundy dalam jenayah penculikan, rogol dan bunuh dikatakan bermula daripada semangat bencikan wanita yang sudah lama dipendam sehingga membarah dalam jiwanya.
Ia dipercayai bermula sekitar 1969 apabila teman wanitanya, Stephanie Brooks memutuskan hubungan dengan lelaki itu dan lebih memburukkan keadaan, Ted Bundy akhirnya mengetahui rahsia bahawa ‘kakak’ beliau sebenarnya adalah ibu kandungnya manakala ‘ibu dan bapanya’ pula adalah datuk dan neneknya.
Ironinya, kekecewaan dengan hakikat itu menyebabkan perwatakannya berubah daripada seorang pemalu kepada seorang yang tegas dan semakin yakin untuk berhadapan dengan dunia. Dia bijak menyembunyikan kekecewaannya dengan penampilan yang jelas berbeza.
Ted Bundy kemudian menjadi seorang yang mempunyai misi. Dia memasuki Universiti Washington untuk mengikuti pengajian psikologi dan memperoleh keputusan cemerlang. Dia sering mendapat pujian dan disukai rakan-rakan dan profesor.
Penampilan menarik yang jauh berbeza dengan dirinya yang dulu menyebabkan dia dicintai Meg Anders, wanita yang menjalin hubungan dengannya selama lima tahun seterusnya sepanjang tempoh 1969 hingga 1972, kehidupan Ted Bundy berubah. Dia lebih yakin dan bercita-cita tinggi.
Pada masa yang sama, dia mula mendekati bidang politik. Beliau menjadi petugas kempen gabenor Washington dan mula mengenali ramai tokoh politik dalam Parti Republikan.
Dia gemar membabitkan diri dalam kerja amal dan sukarela malah pernah menerima penghargaan daripada polis Seattle kerana menyelamatkan kanak-kanak tiga tahun daripada mati lemas dalam sebuah tasik.
Pada 1973, Ted Bundy bertemu semula dengan kekasih lamanya, Brooks. Brooks terkejut dengan perubahan pada Ted yang kelihatan lebih matang dan penuh keyakinan, berbeza dengan Ted yang pernah beliau kenali dulu.
Pertemuan itu kemudian kembali menyambung hubungan cinta mereka tetapi secara tiba-tiba Ted Bundy memutuskan hubungan itu pada Februari 1974. Rancangannya untuk membalas dendam iaitu mengecewakan Brooks sebagaimana wanita itu pernah mengecewakannya, berjaya.
Bagaimanapun, di sebalik penampilan hebatnya, amarah dan kebencian terhadap wanita sedang membarah dalam jiwanya. Tanpa diketahui sesiapa, dia cuba meluahkan api kemarahannya itu dengan melakukan jenayah menculik wanita pada 1969. Dia gagal ditangkap pihak berkuasa menyebabkan keghairahannya untuk ‘memberontak’ semakin menjadi-jadi.
Selepas menculik, Ted Bundy semakin berani apabila melakukan ‘eksperimen’ untuk menenangkan kekacauan di jiwanya dengan membunuh gadis bermula 1972. Bermula dengan pembunuhan pertama, lelaki itu menjadi ketagih untuk menyeksa serta membunuh gadis muda sehingga jumlah mangsanya meningkat kepada berpuluh orang.
Presiden Institut Forensik, Dr Robert D Keppel yang juga bekas detektif unit jenayah di King County menyifatkan orang yang mempunyai personaliti seperti Ted Bundy sangat jarang ditemui.
Keppel berkata, pendorong utama Ted melakukan pembunuhan ialah penguasaan dan pemilikan berdasarkan cubaan awalnya melakukan pembunuhan, seolah-olah satu eksperimen.
“Ted akan berdiri di belakang mangsa dan memukul kepalanya untuk melihat reaksi yang dialami mangsa. Pada mulanya, dia sendiri berasa ngeri tetapi lama-kelamaan selepas itu, perasaan ngeri bertukar menjadi kepuasan,” katanya.
Semua mangsa pembunuh bersiri itu memiliki fizikal yang agak sama - wanita muda, menarik, berambut hitam paras bahu dan disisir belah di tengah. Jika gambar mangsa diletak bersebelahan, mereka kelihatan seakan-akan kembar atau bersaudara.
Perwatakannya yang jauh berbeza juga berjaya mengaburi pihak berkuasa apabila namanya pernah timbul dalam satu siasatan bunuh yang dilakukan lelaki itu pada 1973.
Bagaimanapun, polis yang memeriksa latar belakangnya mendapati Ted seorang pelajar yang ‘bersih’, penuntut jurusan undang-undang, aktif dalam politik dan pernah menyelamatkan insan lain menyebabkan tumpuan siasatan terhadapnya diabaikan dengan anggapan pemuda seperti itu tidak akan menjadi pembunuh.
Ted Bundy tidak memecahkan rahsia mengenai jumlah sebenar mangsanya. Dia cuma memberi petunjuk tetapi jumlah sebenar mangsa hanya diketahui pembunuh itu dan dibawa bersamanya ke alam kubur.
Pada mulanya penyelidik percaya Ted Bundy membunuh 100 mangsa sepanjang kira-kira enam tahun tetapi akhirnya petunjuk baru menggambarkan jumlah mangsa hanya 35 orang. Hanya beberapa mangsa saja yang berjaya dikenal pasti manakala ramai lagi masih gagal dikesan sehingga kini.
Selepas dia dijatuhkan hukuman mati atas kerusi elektirk oleh mahkamah, Ted Bundy mengaku membunuh berdozen mangsanya dan memotong tubuh mereka dengan gergaji. Beberapa kepala mangsa terbabit kemudian dijumpai pihak berkuasa di Taylor Mountain.
Ted Bundy juga mengaku ‘melawat’ jasad mangsa pembunuhannya di Taylor Mountain berulang kali dan dia akan berpura-pura bercakap dan mendandan jasad kaku terbabit serta melakukan seks dengan mayat itu sehinggalah ia busuk.
Sebelum dihukum mati, Ted Bundy dikatakan membantu Keppel dan detektif Dave Reichert, menentukan profil untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri iaitu Green River Killer.
Selepas menemuramah pembunuh bersiri itu, Keppel keluar dari bilik kurungan dengan wajah terkejut dan menggambarkan Ted Bundy sebagai ‘seseorang yang memang dilahirkan untuk membunuh’.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home