raksasa Nessie di Scotland
nasron14
Misteri - Nessie, raksasa tasik Ness
FAKTA
- Tasik Ness yang terletak di Scotland seluas 56.4 kilometer persegi dan memiliki kedalaman maksimum 230 meter.
- Misteri kewujudan raksasa Nessie menyebabkan Tasik Ness menjadi antara pusat pelancongan di Scotland.
- Kali pertama dakwaan penemuannya dibuat pada tahun 565.
- Nessie didakwa dinosaur ‘plesiosaurus’ yang masih wujud sehingga kini.
- Banyak ekspedisi dilakukan untuk mencari Nessie termasuk menggunakan radar dan kamera bawah air. Tidak terhitung juga penyelam yang mencari raksasa itu tetapi yang ada hanyalah foto amatur yang diragukan keasliannya.
- Kisah Nessie menyamai legenda naga yang kononnya mendiami Tasik Chini, Pahang.
Oleh Nasron Sira Rahim
DESIRAN angin lembut menyambut ketibaan sekumpulan pengkaji BBC di tepian Tasik Ness, Scotland bersama 600 alat sonar yang dibawa mereka pada Julai 2003.
Kehadiran mereka di tasik seluas 56.4 kilometer persegi itu itu bertujuan membongkar misteri yang sudah terlalu lama membingungkan ramai pihak, tidak saja penduduk di Scotland tetapi di seluruh dunia.
Sudah berkurun misteri itu tersebar; pelbagai dakwaan penemuan dikemukakan tetapi kesahihan kewujudan raksasa di dasar tasik itu masih menjadi enigma yang tidak berkesudahan.
Mereka memandang seketika pemandangan damai yang meliputi kawasan tasik itu; dalam diam, mereka mungkin tertanya-tanya - benarkah terdapat raksasa yang bersembunyi di bawah permukaan air tasik itu?
Raksasa itu digelar Nessie. Ia didakwa sudah berada dalam tasik itu dan dilihat penduduk setempat sejak abad keenam lagi. Akan tetapi, Nessie kerap menyembunyikan diri daripada dilihat manusia. Berkurun berlalu, akhirnya Nessie menjadi legenda penduduk setempat.
Bagaimanapun, kisah legenda itu mula menarik perhatian dunia apabila pada 22 Julai 1933, seorang lelaki iaitu Spicer dan isterinya yang melalui di jalan raya yang baru dibina berhampiran tasik itu terserempak dengan makhluk amat besar melintas di hadapan mereka.
Mereka melihat makhluk berleher panjang itu bergerak ke arah tasik sebelum hilang di sebalik semak tebal.
Penemuan pasangan itu kemudian tersebar tidak saja di seluruh Scotland tetapi sehingga ke seluruh dunia. Pihak yang berminat dengan cerita raksasa itu mula menawarkan hadiah lumayan kepada sesiapa yang dapat menangkap makhluk itu, hidup atau mati.
Pemilik sarkas, Bertram Mills saja menawarkan £20,000 kepada sesiapa yang dapat menyerahkan makhluk aneh itu kepadanya.
Sejak itu ramai yang tampil dengan dakwaan mereka terlihat raksasa berkenaan. Antaranya seorang penduduk bernama Grant mendakwa hampir terlanggar dengan raksasa berkenaan ketika menunggang motosikal pada jam 1 pagi, 5 Januari 1934.
Ketika melalui kawasan tepi tasik itu, Grant mendakwa melihat satu ‘objek’ besar muncul dari tepi jalan raya. Makhluk itu yang menyedari kehadiran Grant segera menyeberangi jalan raya itu menuju ke arah tasik.
Lelaki itu kemudian bergegas turun dari motosikalnya dan mengejar makhluk berkenaan tetapi hanya mampu melihat kocakan air tasik selepas makhluk itu menyelam ke dalamnya.
Selain dakwaan terserempak yang boleh diragui, ada pihak tampil pula dengan dakwaan berjaya menangkap gambar raksasa itu.
Antara gambar terawal Nessie yang semakin menarik minat ramai pihak, berjaya dirakamkan pekerja syarikat aluminium British, Hugh Gray. Gambar itu menunjukkan raksasa yang bergerak sehingga menimbulkan gangguan pada permukaan tasik. Raksasa itu didakwa sepanjang 10 meter dan memiliki bentuk belakang badan yang agak bulat.
Melihat fizikal Nessie menerusi gambar yang didakwa berjaya dirakamkan, beberapa penyelidik kemudian tampil mengemukakan satu teori aneh yang amat mustahil - raksasa Nessie sebenarnya adalah dinosaur yang masih wujud sehingga kini!
Teori itu semakin membingungkan. Mana mungkin dinosaur yang sudah pupus jutaan tahun lalu, masih boleh hidup sehingga kini?
Penyelidik mendakwa Nessie adalah dinosaur daripada spesies ‘plesiosaurus’, hidupan purba yang memiliki leher panjang, reptila pemakan daging, menghuni lautan, serta hidup antara 200 juta hingga 65 juta tahun lalu, yakni pada masa Jurassic dan Cretaceous.
Teori itu menimbulkan pelbagai andaian, antaranya mungkin terdapat sekumpulan dinosaur yang terselamat dari petaka yang melenyapkan hidupan purba itu jutaan tahun lalu malah masih wujud sehingga kini tetapi ‘menyembunyikan’ kewujudan mereka daripada pengetahuan manusia.
Malah, perubahan masa yang terlalu lama itu juga menyebabkan plesiosaurus yang dikatakan berhabitat di laut, mengalami evolusi sehingga mampu mendiami kawasan tasik.
Kisah misteri raksasa Nessie semakin kurang diberi perhatian ketika Perang Dunia Kedua berlaku dan ketika itu, tasik Ness dikawal sepenuhnya tentera laut.
Bagaimanapun, pada Mei 1943, seorang tentera pemerhati, CB Farrel yang sedang bertugas mengawasi kehadiran tentera musuh di tasik itu melihat pergerakan makhluk aneh kira-kira 240 meter di hadapannya.
Badan makhluk raksasa itu berukuran antara tujuh hingga 10 meter panjang manakala lehernya yang setinggi satu hingga dua meter kelihatan muncul dari permukaan air tasik.
Begitulah antara rentetan kisah mengenai raksasa misteri yang didakwa masih bersembunyi di Tasik Ness.
Selepas melihat pemandangan kawasan tasik yang luas terbentang itu, kumpulan penyelidik berkenaan mula bergerak ke tengah tasik.
Dengan 600 sonar berserta teknologi navagasi satelit, mereka mula memancarkan signal ke setiap penjuru tasik. Pancaran sonar yang mengenai objek di dalam tasik itu akan menyebabkan pantulan sekali gus mengesan sebarang kewujudan objek termasuk raksasa Nessie.
Bagaimanapun, selepas beberapa waktu menunggu, didapati tiada sebarang objek berbentuk raksasa yang ditemui. Mereka masih tidak berpuas hati, seterusnya sinaran sonar diperkuat sehingga mampu mengenali udara yang keluar dari nafas hidupan dalam air.
Gelembung udara jelas kelihatan beberapa meter di bawah permukaan air tasik tetapi sekali lagi tidak ada bentuk raksasa yang kelihatan.
Pengkaji itu menjelajah dari satu kawasan ke kawasan lain, dari permukaan hingga dasar tasik tetapi tidak menemukan apapun termasuk kewujudan hidupan besar di tasik itu.
Hasil kajian itu menyebabkan kumpulan penyelidik itu mula mengemukakan pandangan bahawa raksasa Nessie sebenarnya tidak wujud dan ia hanyalah khayalan semata-mata.
Bagaimanapun, sekitar tempoh kajian itu juga, seorang penduduk, Gerald McSorley, 67, mendakwa menemui fosil berupa empat tulang belakang lengkap dengan saraf dan urat nadi di kawasan cetek tasik itu. Fosil berusia 150 juta tahun itu dipercayai milik plesiosaurus.
“Saya selalu percaya akan kewujudan raksasa di Tasik Ness dan tulang ini menjadi buktinya,” kata McSorley sekali gus mencetuskan persoalan baru sama ada raksasa Nessie benar-benar wujud atau hanyalah khayalan seperti dakwaan kumpulan penyelidik BBC itu.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home