misteri batu ica
nasron30
Misteri - Batu Ica sembunyi rahsia silam
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
CERITANYA bermula sekitar 1960-an apabila seorang petani menjumpai banyak batu aneh dalam sebuah gua dan gaung sekitar Ica, iaitu sebuah bandar kecil terletak kira-kira 300 kilometer dari Lima, Peru.
Batuan itu terdiri daripada pelbagai saiz tetapi apa yang menjadikannya suatu artifak misteri adalah ukiran pada batu berkenaan pasti mencetuskan tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.
Meneliti ukiran aneh pada batu itu, ia seolah-olah mencatatkan kewujudan satu peradaban purba yang sangat maju malah lebih maju daripada dunia hari ini pada zaman dinosaur iaitu lebih 60 juta tahun lalu.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, tamadun itu akhirnya lenyap, sama seperti pupusnya dinosaur pada hari ini sehingga meninggalkan ukiran pada batu itu saja bagi menyingkap kembali kehebatan tamadun misteri berkenaan.
Keunikan batu yang penuh dengan ukiran membingungkan itu kemudian menarik minat seorang doktor tempatan iaitu Dr Javier Cabrera menyebabkan beliau mula membeli dan mengumpulkan batu itu daripada petani terbabit selain beberapa pihak lain.
Seterusnya Cabrera membina sebuah muzium di Ica bagi menempatkan lebih 15,000 batuan misteri yang dikumpulnya.
Beliau percaya yang batu itu adalah satu artifak purba yang wujud jutaan tahun lalu dan bagi membongkar misteri berhubung batu berkenaan, beliau mula membenarkan penyelidik mengkaji batu terbabit.
Kajian akhirnya didapati batu itu sudah mencapai usia lebih ribuan tahun manakala ujian kimia yang dilakukan pula mendapati batu itu berasal dari sungai setempat dan Gunung Andes berikutan permukaannya yang ditutupi lapisan oksida.
Penyelidik juga mendapati, bekas ukiran pada batu itu sudah sangat lama wujud malah batu yang ditemui sekitar gua pula, memiliki fosil organisme berusia jutaan tahun.
Pendedahan mengenai penemuan batu misteri itu kemudian mula menjadi perdebatan hangat di kalangan penyelidik dan ahli arkeologi. Mereka mula tertanya-tanya kesahihan ukiran pada batu berkenaan yang ternyata amat aneh dan di luar logik akal jika dibandingkan dengan usianya iaitu puluhan juta tahun lalu.
Antara ukiran pada batu yang dipercayai wujud pada zaman dinosaur itu adalah gambaran galaksi angkasa, haiwan purbakala, peta daratan prasejarah dan bencana dahsyat yang berlaku pada zaman dulu.
Menerusi ukiran batu itu, pelawat dapat melihat dengan jelas yang ia menggambarkan bahawa manusia sudah wujud dan hidup sezaman dengan dinosaur. Malah ukiran bentuk manusia dan dinosaur pada batu itu menyamai fizikal manusia dan dinosaur yang digambarkan pada hari ini.
Ukiran itu menunjukkan seolah-olah dinosaur menjadi haiwan peliharaan manusia terbabit, sama seperti manusia memelihara haiwan ternakan seperti lembu atau kambing pada zaman sekarang.
Pada sebuah batu, dipahat ukiran seorang manusia menunggang Triceratops dengan tangannya menggenggam senjata seperti kapak. Pada batu lainnya, diukir pula gambaran seorang manusia yang panik dikejar dan dibaham Tyrannosaurus Rex.
Selain ukiran mengenai kehidupan manusia dan dinosaur, terdapat juga ukiran muka bumi pada 13 juta tahun lalu yang dilihat dari angkasa dan penyelidik percaya ia adalah peta daratan pada zaman purba.
Penemuan itu mencetuskan tanda tanya sama ada manusia pada zaman dinosaur sudah mampu terbang ke angkasa lepas sehingga mampu melukis peta bumi dengan tepat.
Kebingungan mengenai ukiran batu itu semakin menjadi-jadi tatkala melihat ukiran yang menggambarkan seolah-olah masyarakat pada zaman itu sudah menguasai teknologi perubatan yang canggih.
Ini disebabkan ada ukiran yang menyerupai gambaran pembedahan otak sedang dijalankan selain tertera kaedah mengatasi reaksi penolakan organ dalam proses pemindahan organ yang mana semua ilmu itu dianggap masih baru dalam dunia perubatan moden.
Satu daripada gambar yang terukir dalam batu itu menggambarkan pengambilan benda berbentuk gelembung dalam lingkaran janin ibu yang hamil untuk disuntik ke dalam tubuh pesakit.
Turut dilukis adalah teknologi bius dengan akupuntur dalam proses kedoktoran selain batu yang mengukir gambaran gen.
Cabrera percaya yang batu itu diukir masyarakat purba dikenali ‘Gliptolithic Man’ dan mereka sebenarnya adalah manusia dari angkasa lepas yang datang dan tinggal di bumi bersama dinosaur pada jutaan tahun lalu.
Bagaimanapun, atas sebab tertentu, manusia angkasa lepas itu beredar ke planet lain menggunakan ‘Garisan Nazca’ (satu lagi lokasi misteri di Peru) yang terletak berdekatan Ica, sebagai lapangan terbang.
Sehingga kini, kebenaran membabitkan ukiran batu Ica terus menjadi tek-teki yang membingungkan.
Sama ada benar wujud satu tamadun yang penuh futuristik yang diasaskan manusia dari angkasa lepas pada puluhan juta tahun lalu atau ia sekadar satu pembohongan seperti dakwaan kalangan skeptikal, terus menjadi misteri sehingga kini.
sumber: www.crystalinks.com/icastones.html; www.erabaru.or.id; www.wikipedia.com
FAKTA NOMBOR
Batu Ica
#15,000
anggaran batu Ica yang dikumpul Dr Javier Cabrera.
#1960-an
kali pertama batu itu ditemui.
#60 juta tahun lalu
tempoh dinosaur pupus.
#13 juta tahun lalu
keadaan muka bumi yang tertera pada ukiran batu Ica
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home