SIRI 3: Son of Sam
nasron9
Fail Jenayah - Son of Sam
SIRI 3
Susunan Nasron Sira Rahim
AMARAH dan kekecewaan terhadap wanita yang dipendam sebegitu lama di dalam hati, disertai fantasi pelik yang kerap mengganggu minda akhirnya meninggalkan kesan mendalam terhadap psikologi David Berkorwitz.
Gangguan jiwanya semakin menjadi-jadi terutama selepas dia meninggalkan tentera pada 1974. Dia gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan di New York yang digambarkannya sebagai penuh dengan manusia yang kejam.
Kecewa dan tertekan dengan kehidupan, dia menulis sepucuk surat kepada bapa angkatnya:
“Cuaca di New York dingin dan suram, tetapi tidak mengapa kerana ia sesuai dengan perasaan saya - muram. Ayah, dunia semakin gelap sekarang. Saya dapat merasainya. Orang ramai, mereka seakan membenci saya. Kebanyakan mereka ingin membunuh saya. Saya tidak kenal pun mereka, tetapi mereka membenci saya.
“Kebanyakannya orang muda. Saya berjalan di lorong dan mereka meludah dan menendang saya. Perempuan mengatakan saya hodoh dan mereka paling mengganggu saya. Lelaki pula hanya ketawa. Bagaimanapun, keadaan akan berubah."
Selesai meluahkan perasaannya menerusi warkah duka itu, David mengurung dirinya di dalam bilik kecil selama sebulan, dia hanya keluar untuk makan. Beliau mula menconteng kata-kata merepek di dinding biliknya: “Dalam lubang ini, hidupnya Raja yang jahat. Membunuh untuk Tuanku. Aku menukarkan kanak-kanak menjadi pembunuh.”
Selama pengasingan diri itu jugalah, David mendakwa dia didatangi syaitan yang kerap berbisik ke dalam jiwa dan mengganggu kehidupannya.
Sekitar Krismas 1975, David cuba mendapatkan bantuan pakar sakit jiwa. Kepada pakar sakit jiwa itu, David meluahkan yang dia terpaksa melakukan apa yang disuruh syaitan dengan harapan mereka akan berhenti mengganggu kehidupannya.
Tanpa jalan penyelesaian daripada pakar sakit jiwa, krisis mental dan emosinya semakin bertambah parah menjelang Krismas. Bisikan syaitan bagaikan sentiasa mengikutinya ke mana-mana.
Akhirnya dia mencapai pisau besar dan memandu tanpa arah untuk mencari gadis muda. Syaitan akan memberitahunya gadis mana yang sesuai dijadikan ‘korban’ dan apa yang perlu dilakukannya.
Malam menjelma, David memandu pulang ke kota Co-Op di mana dia dan bapa angkatnya, Nat pernah tinggal selepas kematian ibu angkatnya yang tersayang, Pearl.
Ketika itulah matanya terlihat seorang wanita melangkah keluar meninggalkan kedai runcit. Matanya terus memerhatikan pergerakan wanita itu apabila suara syaitan berbisik ke dalam jiwanya: “Gadis itu perlu dikorbankan...”
Lalu dia mengekori wanita berkenaan dan sebaik menghampiri, pisau besar yang dibawanya ditusuk ke belakang mangsa berkenaan. Mangsa yang pada mulanya tergamam dengan kejadian itu berpaling melihat David. Kemudian, wanita itu menjerit dan berlari menyelamatkan diri.
Kemudian David menjumpai seorang lagi mangsa. Seperti modus operandi pertamanya, dia mengekori dari belakang dan menikam kepala gadis itu.
Michelle Forman yang berusia 15 tahun cedera parah tetapi gadis itu melawan balik. Jeritannya menyebabkan David melarikan diri. Dalam bisa menahan luka yang parah akibat enam kecederaan, gadis itu berjaya mendapatkan pertolongan daripada apartmen berdekatan.
Selepas mencederakan Michelle, David merasakan yang syaitan berkenaan berpuas hati dengan hasil ‘kerjanya’ kerana tiada lagi bisikan syaitan yang didengari olehnya. Tanpa gangguan syaitan itu, David berasa tenang seketika dan berusaha meneruskan kehidupannya.
David kembali bekerja di IBI Security sebagai pengawal keselamatan. Beliau berpindah daripada apartmen kecilnya di Bronx dan menyewa bilik di rumah keluarga Jack dan Nann Cassara di Yonkers.
Bagaimanapun, ketika menyewa di rumah itu, David kembali dihantui bisikan syaitan. Beliau mendakwa anjing milik Cassara adalah jelmaan syaitan dan lolongan anjing itu diterjemahkan sebagai arahan syaitan supaya dia mencari mangsa seterusnya. Dia hampir gila dan hampir membunuh diri kerana mendengar salakan anjing di luar tingkapnya setiap masa.
Selepas tiga bulan, David mengambil keputusan untuk berpindah. Beliau meninggalkan rumah Cassara dan menyewa sebuah apartmen di 35 Pine Street, Yonkers.
Bagaimanapun, perpindahan tidak menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dia mendakwa syaitan itu terus mengekorinya sehingga ke kediaman baru itu.
“Ketika saya mula menyewa di rumah Cassara, mereka kelihatan seperti keluarga yang baik. Tetapi mereka menipu saya. Mereka berbohong. Saya fikir mereka adalah manusia biasa, sebenarnya tidak! Tiba-tiba mereka muncul bersama syaitan. Mereka menyalak dan menjerit. Darah dan kematian! Mereka menyeru nama tuan, Syaitan Raksasa Darah, John Wheaties, Jeneral Jack Cosmo,” luah David.
Lama-kelamaan Berkowitz menganggap Cassara adalah Jeneral Jack Cosmo, ketua pemerintah anjing syaitan yang merayau di New York.
Tempat tinggal barunya di Pine Street juga mempunyai anjing jenis Labrador milik Sam Carr. David cuba membunuh anjing itu menggunakan bom api molotov tetapi tidak berjaya. Akhirnya, beliau menembak anjing itu.
Dalam dunia khayalan Berkowitz, Sam Carr adalah jelmaan syaitan bernama ‘Sam’ yang menjadi orang suruhan Jeneral Jack Cosmo. Apabila David menggelarkan dirinya ‘Son of Sam’, beliau merujuk kepada syaitan yang menghuni dalam diri Sam Carr.
David pernah memberi amaran yang dirinya adalah berbahaya kerana syaitan sentiasa mendesaknya untuk terus membunuh walaupun dia tidak berniat untuk berbuat demikian. Syaitan berkenaan sentiasa memerlukan darah dan dia diperalat untuk menjalankan kejahatan itu.
Tidak lama kemudian, David membunuh mangsa pertamanya iaitu Donna Lauria, 18, pada 29 Julai 1976 seterusnya bermulalah era kejahatannya sebagai antara ‘pembunuh bersiri’ yang paling terkenal dalam sejarah Amerika Syarikat.
MINGGU DEPAN: Surat Son of Sam.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home