SIRI 2 : Son of Sam
nasron6
FAIL JENAYAH: Son of Sam
SIRI 2
Susunan Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
MELIHAT David Berkorwitz ketika zaman kanak-kanaknya pada 45 tahun lalu, tiada siapa menyangka beliau akan membesar menjadi seorang pembunuh kejam bersiri yang mencatat sejarah hitam di Amerika Syarikat.
David semasa kanak-kanaknya membesar dengan penuh belaian kasih sayang dan kemewahan oleh ibu bapa angkatnya yang berasal dari golongan kelas pertengahan. Lantaran ibu bapa angkatnya itu tidak memiliki zuriat, beliau dilayan bagaikan ditatang minyak yang penuh.
Bagaimanapun, kisah penyerahannya kepada keluarga angkat didahului dengan sejarah hitam yang dialami ibu kandungnya, Betty Broder.
Betty yang berketurunan Yahudi menetap bersama keluarganya di Bendford-Stuyvesant, Brooklyn ketika kecil. Keluarga mereka amat miskin dan Betty terpaksa berhempas pulas menjalani kehidupan seharian.
Perkenalannya dengan Tony Falco yang berasal dari Itali dan bukan berketurunan Yahudi akhirnya membawa kepada perkahwinan gadis itu yang ditentang keras keluarganya.
Selepas berkahwin, dengan sedikit wang simpanan yang ada, Tony dan Betty memulakan
perniagaan ikan pada 1939. Hasil perkahwinan itu, Betty melahirkan cahaya mata pertama, Roslyn.
Rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila Tony mula bermain kayu tiga dan akhirnya meninggalkan Betty dan anak kecil mereka untuk hidup bersama wanita lain. Perniagaan ikan mereka pula semakin merosot dan Betty terpaksa membesarkan Roslyn bersendirian.
Kesunyian menjadi ibu tunggal terubat apabila beliau memulakan hubungan dengan suami orang, Joseph Kleinman. Hasil hubungan sulit itu menyebabkan Betty hamil.
Kleinman bagaimanapun enggan menerima kandungan Betty dan mengugut akan meninggalkan Betty sekiranya anak itu tidak diserahkan kepada orang lain. Ancaman itu memaksa Betty menyerahkan bayi akan bakal dilahirnya kepada keluarga asing.
Kesedihan akibat terpaksa menyerahkan anaknya itu bagaimanapun sedikit terubat selepas mengetahui yang ibu bapa anak angkatnya itu terdiri daripada pasangan Yahudi yang agak mewah.
Pada 1 Jun 1953, Betty melahirkan seorang bayi lelaki dan menyerahkannya kepada keluarga angkat terbabit, Nat dan Pearl Berkorwitz. Betty meneruskan hubungan dengan Kleinman sehingga lelaki itu mati akibat barah pada 1965.
Bayi lelaki itu kemudian diberi nama ‘David’ dan dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya itu berikutan pasangan terbabit tidak memiliki zuriat. David menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain di Bronx.
Bagaimanapun, David membesar sebagai seorang yang suka bersendirian lantaran ibu bapa angkatnya juga kurang bersosial dengan masyarakat.
Disebabkan tubuhnya yang besar berbanding kanak-kanak lain, beliau sering merasakan dirinya kurang menarik berbanding rakan sebayanya dan apabila meniti usia remaja, beliau menunjukkan rasa kurang senang terhadap orang lain.
Jirannya menggambarkan David sebagai budak yang kelihatan baik tetapi kasar kerana kerap membuli anak jiran lain tanpa sebab tertentu. Beliau disifatkan sebagai hyperaktif dan sukar bagi Pearl dan Nat untuk mengawal.
David membesar dengan penuh kasih sayang daripada ibu angkatnya tanpa mengetahui yang Pearl menghidap barah buah dada. Ibu bapa angkatnya itu sengaja enggan memaklumkan kepadanya.
Derita dialami ibu angkatnya itu hanya diketahui David apabila Pearl sakit. Tidak lama selepas itu, Pearl meninggal dunia pada 1967.
Kematian ibu angkatnya yang tersayang itu memberi tekanan kepada David. Pelajarannya semakin merosot malah kepercayaannya kepada tuhan terjejas. Beliau mula membayangkan kematian Pearl adalah sebahagian daripada rancangan untuk memusnahkannya. Keadaan itu turut menjadikannya semakin pendiam.
Pada 1971, Nat berkahwin lagi, tetapi isteri barunya itu tidak sefahaman dengan David. Mereka berpindah ke Florida tanpanya, menyebabkan kehidupan David terkapai-kapai tanpa matlamat dan tujuan.
Beliau pernah jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Iris Gerhardt. Bagaimanapun, hubungan itu hanya satu fantasi di sebelah David. Iris hanya menganggapnya sebagai rakan biasa.
Ketika usianya 18 tahun, David menyertai tentera dan berkhidmat selama tiga tahun.
Sepanjang perkhidmatannya, beliau terkenal dengan kebolehannya menembak tepat. Ketika dalam tentera jugalah David menukar agamanya daripada Yahudi ke Kristian.
Selepas kira-kira dua dekad berpisah, David kemudian menjumpai ibu kandungnya, Betty Falco. Betty dan Roslyn melayan dirinya dengan baik bagi membuatkan David merasa yang mereka adalah sebuah keluarga.
Pada mulanya, hubungan kekeluargaan itu berjalan dengan baik dan David gembira dengan dengan kehadiran ibu dan kakak tirinya itu. Bagaimanapun, keadaan itu tidak kekal lama apabila David mula menjauhkan diri daripada Betty dan Roslyn.
Amarah dan kekecewaan terhadap wanita yang dipendam sebegitu lama di dalam hati, disertai fantasi pelik menyebabkan David mula terjebak dalam kehidupan ganas selepas meninggalkan tentera pada 1974.
Malah sebelum bermulanya era kejahatannya sebagai pembunuh bersiri, David mencetuskan 1,488 kebakaran sekitar New York.
* MINGGU DEPAN: David ‘bertemu’ dengan syaitan.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home