sains buru hantu2
Oleh Nasron Sira Rahim
KAKITANGAN sebuah muzium berhampiran Kuala Lumpur mendakwa pernah
terserempak lembaga aneh selain diganggu kejadian pelik seperti terdengar
bunyian asing terutama selepas jam 7 malam sehingga ke awal pagi.
Peristiwa itu menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai misteri di
sebalik bangunan agam yang menempatkan pelbagai khazanah berharga dan
pelik itu. Mungkinkah bangunan itu menjadi kediaman `makhluk' lain?
Bagi membongkar fenomena aneh itu, sekumpulan pengkaji aktiviti
paranormal diketuai Syed Abdullah Syed Hussein diminta melakukan kajian
di bangunan berkenaan.
Kajian selama seminggu dilakukan secara saintifik menggunakan pelbagai
peralatan teknologi antaranya pengesan suhu, pengesan gerakan dan kamera
video berkelajuan tinggi selain 28 pengkaji diletakkan berseorangan di
lokasi tertentu dalam bangunan itu.
Selepas meneliti keadaan ruang dalam muzium, Syed Abdullah mula
merangka rancangan bagi merungkai misteri di sebalik kejadian aneh itu.
Pengkaji paranormal itu tidak ditinggalkan bersendirian tetapi
ditempatkan dengan aktiviti tertentu. Ada yang berzikir dan membaca
al-Quran, menonton cerita seram dan erotik, mendengar radio, membakar
colok serta makan makanan ringan.
"Kami juga turut menempatkan seorang pengkaji yang hanya memakai seluar
pendek selain seorang lagi pengkaji wanita yang `datang bulan' kerana
darah haid adalah makanan bagi makhluk berkenaan," katanya.
Seterusnya rakaman dilakukan dan kajian pada hari pertama saja jelas
menunjukkan dakwaan kakitangan muzium itu adalah benar! Keadaan sama
berlaku pada hari berikutnya dan beratus-ratus rakaman menunjukkan
pelbagai jenis hantu yang diklasifikasikan secara saintifik sebagai orbs,
vorteks dan ektoplasma tertera dalam video dan berlegar sekitar kedudukan
pengkaji.
Malah ketika kajian pada hari kedua, seorang pengkaji turut `diancam'
makhluk terbabit. Dalam kejadian kira-kira jam dua pagi itu, pengkaji
yang tidur dalam gelap berseorangan diganggu bunyi bising seperti
hentakan kuat pada pintu bertalu-talu kira-kira 30 saat.
Tidak dapat dipastikan arah bunyi berkenaan kerana sebelum kajian
dimulakan, pihak pengkaji sudah memastikan tiada individu berkeliaran di
kawasan muzium bagi mengelakkan gangguan manusia.
Seekers yang berpengalaman mengkaji dunia hantu sejak hampir tiga tahun
lalu bagaimanapun berpendapat, entiti asing di muzium itu tidak aktif
kerana mereka tidak mendiami kawasan itu sebaliknya hanya `melawat'
muzium sekali-sekala.
Syed Abdullah berkata, tiada jelmaan lembaga dapat dirakam sebaliknya
jenis hantu yang tertera pada skrin kamera video menyamai entiti asing di
kawasan rumah.
"Hantu tidak menghuni muzium ini kerana ia akan dipenuhi pengunjung
pada siang hari selain banyak aliran elektrik di dalamnya. Hantu atau
nama sebenarnya adalah jin lebih menyukai kawasan usang dan jauh dari
penempatan manusia,"katanya.
"Bagaimanapun antara ciri lain yang kami dapati adalah makhluk ini
sangat suka mendampingi individu yang makan makanan ringan berbanding
individu yang melakukan aktiviti lain; sebaik meletakkan pengkaji yang
makan makanan ringan, banyak entiti asing mengelilinginya," katanya.
Antara peralatan utama yang digunakan bagi menjejak hantu adalah:
* Termometer Infra-merah: berfungsi mengesan bacaan suhu di sekeliling
sesuatu kawasan. Jika ada entiti asing di tempat berkenaan, suhu akan
jatuh atau meningkat secara mendadak.
* Pengesan Pergerakan Tanpa Wayar: berfungsi mengesan sebarang
pergerakan. Jika ada pergerakan termasuk makhluk halus yang melintasi
alat ini, ia akan berbunyi.
* GPS (Global Positioning System): mengesan lokasi pengguna merujuk
kepada longtitude dan latitude untuk mengetahui lokasi sebenar yang
dikenal pasti ada aktiviti aneh.
* Pengesan EMF (Electomagnetic Field Detector): berfungsi mengesan
gelombang elektromagnetik di sekeliling sesuatu kawasan. Jika di kawasan
itu ada entiti asing, nilai bacaan EMF akan naik atau menurun secara
mendadak.
* Pengesan logam: mengkaji atau mengesan daya elektromagnetik di
sekeliling sesuatu kawasan.Menentukan frekuensi, gelombang atau daya
elektromagnetik dihasilkan entiti asing.
* Pengesan Peningkatan EVP (Electronic Voice Phenomenon): alat ini akan
mengesan sebarang bunyi yang tidak dapat didengari deria pendengaran
manusia biasa.Tujuannya mengesan sebarang suara atau bunyi dihasilkan
entiti asing.
* Kamera litar tertutup (CCTV): merakamkan objek di sekeliling. Tidak
semua kamera CCTV berkesan merakamkan gambar entiti asing dan ia
tertakluk kepada fungsi tertentu.
* Kamera video: merakamkan objek dan seperti juga CCTV, hanya kamera
tertentu yang mampu merakamkan objek entiti asing berkenaan.
* Kompas: Ada keadaan di mana jarum kompas menjadi tidak menentu
apabila dihampiri entiti asing.
* Kamera Pengesan Haba: kamera berharga kira-kira RM100,000 ini
berupaya mengesan kehadiran entiti asing melalui tindak balas haba. Ia
mampu berfungsi mengambil video atau gambar dan Seekers bagaimanapun
masih merancang untuk memiliki peralatan ini.
(END)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home