ikan duyung
nasron2
Misteri - ikan duyung.
Oleh Nasron Sira Rahim
TERLALU banyak misteri dan mitos di dunia ini tetapi apabila membicarakan mengenai ikan duyung; keterangan daripada pengasas Muzium Nurul ‘Ala, Safuan Abu Bakar, menambahkan lagi teka-teki sama ada kewujudan makhluk itu benar atau sekadar dongeng.
Mitos menyatakan bahawa ikan duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh bahagian atas seperti manusia manakala bahagian bawahnya berupa ekor ikan. Ia hidup di dasar laut tetapi apabila naik ke darat, ekornya bertukar menjadi kaki manusia dan makhluk itu akan menjadi bisu.
Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam cerita dongeng kebanyakan bangsa di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai dan sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya.
Masyarakat Babilona pula menyembah ikan duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai ‘Ea’ atau ‘Oannes’. Oannes digambarkan sebagai ikan duyung jantan.
Walaupun dianggap dongeng, semakan menerusi internet mendapati ada pihak dari merata dunia mendakwa menemui jasad ikan duyung, tetapi keaslian gambar yang tertera dalam beberapa artikel itu tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bagaimanapun, di satu sudut di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor, ketika ini; tersimpan satu objek aneh sepanjang kira-kira satu meter yang dikatakan ikan duyung - bahagian atas tubuhnya menyerupai manusia, memiliki tangan dan rambut manakala bahagian bawahnya adalah ekor ikan.
Ketika ramai pihak mempertikaikan mengenai kewujudan ikan duyung itu, penjaga objek terbabit, Safuan, mendakwa ia adalah ikan duyung yang diperoleh dari negara jiran kira-kira empat lalu.
“Kewujudan makhluk ini membuktikan bahawa ikan duyung sememangnya wujud tetapi keadaan fizikalnya tidaklah seperti perempuan cantik seperti tertera dalam mitos; beginilah (seperti dipamer) keadaannya yang sebenar,” katanya.
Beliau berkata, ikan duyung itu diperoleh kumpulan rakannya di negara jiran dengan menggunakan ‘kaedah’ tertentu secara mistik. Kaedah itu dilakukan berulang kali dalam satu tempoh masa yang lama di tepi pantai dan antara bahan digunakan adalah beras kunyit serta bacaan tertentu.
Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya ikan duyung itu muncul dari laut tetapi ia tidak lagi bernyawa. Makhluk itu kemudiannya diawet dan diserahkannya kepada Safuan kira-kira dua tahun lalu.
“Walaupun ia sudah kira-kira empat tahun meninggal dunia, bau hanyir serta peluh manusia sentiasa terhasil daripada jasadnya sehingga kini; ikan duyung ini berjenis kecil dan mungkin ‘ikan duyung kanak-kanak’ kerana saya pernah melihat tulang ikan duyung yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata, seperti juga makhluk kenit jenglot, ikan duyung bukanlah berasal daripada jin sebaliknya ia adalah spesies hidupan yang mistik dan beliau percaya ia hanya muncul di dunia manusia, sekali dalam beberapa ratus tahun.
“Kewujudan jasad makhluk ini adalah anugerah Tuhan dalam membuktikan kekuasaan dan ilmu-Nya kepada manusia,” katanya.
Safuan menceritakan bahawa beliau diberi ‘petunjuk’ sebelum memperoleh ikan duyung berkenaan dan semuanya bermula apabila lelaki itu membeli perhiasan yang diperbuat daripada kulit tiram ketika menunaikan haji di Mekah, pada 2003.
“Saya beli perhiasan itu di Mina dan apabila balik ke Malaysia, saya meletakkan perhiasan itu di bawah bantal dan memohon petunjuk daripada Allah SWT mengenai asal kulit tiram itu.
“Sebaik tidur, saya bermimpi saya membawa mutiara untuk meminang ikan duyung yang jelita dan makhluk itu memberitahu bahawa dia adalah anak angkat kepada seorang teman saya yang berada di negara jiran,” katanya.
Beliau berkata, selepas itu beliau menghubungi temannya dan rakannya itu menyerahkan ikan duyung terbabit kepadanya.
“Kami juga menggalakkan mana-mana penyelidik atau saintis untuk tampil dan mengkaji ikan duyung ini bagi mengetahui rahsia makhluk ini,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, seorang warga Australia berminat untuk membeli ikan duyung berkenaan untuk mengkajinya tetapi beliau tidak berminat untuk menjualkannya.
Keterangan Gambar:
------------------
1. SPESIES ATAU MITOS... Ikan duyung yang dipamerkan di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, Selangor.
2. TEKA-TEKI... Gambar ikan duyung yang disiarkan di dalam internet dan tidak dapat dipastikan kesahihannya.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home