Kod Rahsia Beale
nasronrencana10
Rencana - Kod Rahsia Beale
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
PADA 1822, Thomas Jefferson Beale memberikan satu kotak besi kepada pengurus hotel, Robert Morriss, di Lynchburg, Virginia, Amerika Syarikat (AS).
Beale menyatakan satu syarat - kotak itu tidak harus dibuka melainkan jika dia tidak lagi kembali dari pengembaraannya selepas 10 tahun.
Sepanjang tempoh itulah kotak besi misteri berkenaan berada dalam simpanan Morris yang terus bingung memikirkan teka-teki membabitkan isi kandungannya.
Sepuluh tahun berlalu tetapi Beale masih tidak kembali, Morris menunggu lagi selama 23 tahun sebelum akhirnya memutuskan untuk membuka kotak besi itu. Sebaik penutup kotak itu terbuka, dia memerhatikan isi kandungan di dalamnya dengan penuh kebingungan dan tanda tanya.
Terdapat kertas yang mengandungi tiga kod rahsia yang terdiri daripada jujukan nombor selain tiga surat penerangan yang amat menyentak jiwanya. Di dalam surat itu tertera suatu kisah yang amat menggemparkan.
Diceritakan, pada 1817 iaitu lima tahun sebelum kotak itu diserahkan kepada Morris, Beale mengetuai sekumpulan 30 lelaki memburu kerbau di utara New Mexico.
Ketika itulah mereka menjumpai satu kawasan yang dipenuhi emas menyebabkan mereka mula meninggalkan aktiviti memburu dan memulakan kerja penggalian.
Dua tahun kemudian, mereka berjaya mengumpulkan terlalu banyak ketulan emas dan khuatir nyawa mereka akan terancam kerana memiliki harta sebanyak itu, maka mereka mula memikirkan tempat yang selamat untuk menyembunyikannya.
Pihak itu kemudian memutuskan untuk membawa balik harta mereka ke Virginia serta menanam emas itu dalam bilik yang terletak kira-kira dua meter di bawah tanah.
Harta karun yang disembunyikan mereka terdiri daripada kira-kira 1,500 kilogram emas, 2,500 kilogram perak selain permata yang dianggarkan bernilai AS30 juta (RM96.5 juta) ketika ini.
Selain surat itu, turut disertakan dalam tiga kod nombor yang akan menunjukkan lokasi tersembunyinya harta karun Beale itu. Antara kod terawal yang tertera adalah:
“115, 73, 24, 807, 37, 52, 49, 17, 31, 62, 647, 22, 7, 15, 140, 47, 29, 107, 79, 84, 56, 239, 10, 26, 811, 5, 196, 308, 85, 52, 160, 136, 59, 211, 36, 9, 46, 316, 554, 122, 106, 95, 53, 58, 2, 42, 7, 35, 122, 53, 31, 82, 77, 250, ....”
Bagaikan mengetahui bahawa dirinya tidak akan pulang selepas 10 tahun, Beale memberikan arahan supaya Morris menggunakan kod rahsia itu untuk mencari lokasi persembunyian harta karun mereka seterusnya mengagihkan harta itu di kalangan ahli keluarga Beale dan kumpulannya.
Beale juga pernah berjanji untuk menghantar petunjuk kod rahsia berkenaan kepada Morris tetapi nampaknya lelaki itu gagal berbuat demikian.
Seterusnya, tanpa petunjuk kod rahsia, Morris menghabiskan bertahun sisa hidupnya dengan cuba menyelesaikan kod rahsia yang menjadi petunjuk lokasi harta karun itu tetapi gagal.
Setahun sebelum kematiannya iaitu pada 1863, dia mewariskan kotak, kod rahsia dan cerita mengenai harta karun itu kepada James B Ward.
Selepas beberapa lama mencuba, Ward akhirnya tanpa disengajakan berjaya memecahkan kod rahsia kedua apabila membandingkan nombor itu dengan kedudukan perkataan dalam Deklarasi Kemerdekaan AS. Huruf pertama perkataan itu digabungkan dan satu mesej rahsia akhirnya muncul. Walaupun terdapat kesalahan ejaan, secara umumnya mesej itu berbunyi:
“I have deposited in the county of Bedford, about four miles from Buford's, in an excavation or vault, six feet below the surface of the ground, the following articles, belonging jointly to the parties whose names are given in number "3," herewith:
“The first deposit consisted of one thousand and fourteen pounds of gold, and three thousand eight hundred and twelve pounds of silver, deposited November, 1819. The second was made December, 1821, and consisted of nineteen hundred and seven pounds of gold, and twelve hundred and eighty-eight pounds of silver; also jewels, obtained in St. Louis in exchange for silver to save transportation, and valued at $13,000.
“The above is securely packed in iron pots, with iron covers. The vault is roughly lined with stone, and the vessels rest on solid stone, and are covered with others. Paper number "1" describes the exact locality of the vault so that no difficulty will be had in finding it.”
(Saya menyimpan di daerah Bedford, kira-kira empat batu dari Buford, di dalam ruang gali atau bilik bawah tanah, enam kaki di bawah permukaan tanah, benda berikut yang dimiliki secara bersama oleh pihak yang mana nama mereka diberikan di dalam (kod) 3 iaitu:
(Simpanan pertama memiliki 1,014 pound emas dan 3,812 perak, disimpan pada November 1819. Yang kedua dibuat pada Disember 1821 dan memiliki 1907 pound emas dan 1288 pound perak dan permata yang diperoleh di St Louis sebagai pertukaran kepada perak untuk menyelamatkan pengangkutan, bernilai $13,000.
(Barang di atas selamat disimpan dalam bekas besi dengan penutup besi. Ruang bawah tanah itu secara kasarnya dikelilingi batu dan bekas itu berada atas batu padu dan ditutup dengan yang lain. Kertas (kod) nombor 1 menerangkan dengan tepat lokasi ruang bawah tanah itu justeru tidak sukar untuk menemuinya).
Dengan penuh harapan, dia terus cuba menyelesaikan dua kod lagi yang mana kod pertama akan menunjukkan lokasi sebenar harta itu ditanam dan kod ketiga menunjukkan nama ahli kumpulan Beale.
Bagaimanapun, selepas 20 tahun berusaha dan cuba membandingkan jujukan nombor itu dengan pelbagai dokumen lain, Ward nyata masih gagal memecahkan mesej rahsia yang terselindung di sebalik kod berkenaan.
Akhirnya pada 1885, dengan perasaan kecewa yang bercampur baur, dia akhirnya memutuskan untuk mengalah daripada membongkar kod itu.
Bagaimanapun, dia memutuskan untuk tidak mahu membawa kod rahsia dan kisah mengenai harta karun itu bersamanya ke alam kubur. Lalu dia mendedahkan kod dan cerita itu kepada umum.
Ward mula mencetak dan mengedarkan risalah yang memiliki kisah dan kod itu kepada orang ramai dengan harapan, suatu hari nanti, akan ada pihak yang akan berjaya memecahkan kod rahsia itu seterusnya menjumpai lokasi harta karun berkenaan.
Sekiranya anda seorang yang pintar, maka Ward mencabar anda untuk memecahkan kod rahsia berkenaan seterusnya membaca mesej yang tersembunyi di sebaliknya. Risalah dan kod rahsia yang dicetak Ward boleh dibaca di www.
Siapa tahu, anda mungkin akan menjumpai lokasi harta karun bernilai RM96.5 juta dan lebih penting, menjadi manusia pertama yang berjaya menyelesaikan kod rahsia yang menjadi misteri dan gagal diselesaikan sesiapa sejak lebih 180 tahun!
Info
- Kod nombor Beale menjadi kod rahsia paling sukar dan masih gagal diselesaikan sehingga kini iaitu selepas lebih 180 tahun ia dicipta. Secara khususnya, kod itu akan selesai jika dokumen yang dirujuk Beale ditemui.
- Beale tidak pulang selepas 10 tahun kerana dipercayai meninggal dunia.
- Sebaik Ward mendedahkan kod itu, ramai pihak cuba menyelesaikan kod itu malah menceroboh dan menggali kawasan tertentu di Bedford dan bukit di Virginia tetapi gagal.
- Pada 1968, Persatuan Kod Rahsia Beale ditubuhkan dengan harapan usaha dan sumber dapati digembleng bagi membongkar kod itu tetapi tetap gagal.
- Selepas ratusan tahun gagal membongkar kod itu, ada pihak menganggap ia sekadar satu penipuan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home