harta karun Nazi
nasron84
Misteri - harta karun tentera Nazi
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
PADA Perang Dunia Kedua, tentera Nazi Jerman menyerang banyak negara di seluruh Eropah. Negara musuh yang berjaya ditawan akan dirampas segala harta termasuk emas rizab yang disimpan di bank negara itu.
Semua emas itu kemudian dilebur untuk dibentuk semula menjadi jongkong emas yang dicop dengan nama bank Jerman, The Reichsbank dan digunakan untuk membiayai kempen perang Nazi.
Bagaimanapun, peperangan yang berterusan dan tentangan sengit daripada tentera bersekutu kemudian meletakkan Nazi di ambang kekalahan. Tentera bersekutu semakin kuat mengasak dan terus maju menghampiri ibu negara Jerman untuk menewaskan Nazi menyebabkan pihak terbabit kegelisahan.
Ketika itulah mereka mula sedar, mereka tidak akan memenangi Perang Dunia Kedua. Lantas mereka memutuskan untuk membawa keluar pelbagai harta rampasan untuk disembunyikan di lokasi rahsia.
Pada Februari 1945, pihak Nazi menyembunyikan lebihan emas yang masih dimiliki mereka di satu lokasi rahsia di bawah tanah lombong kalium di pedalaman Merkers yang terletak kira-kira 320 kilometer di selatan Berlin.
Kira-kira 730 ketulan emas seberat sembilan tan selain beberapa beg yang diisi wang asing dan syiling pula dibawa dari Reichsbank untuk disembunyikan sekitar Tasik Walchensee di Oberbayern.
Selain dua lokasi itu, banyak lagi lokasi rahsia ditetapkan Nazi untuk menyembunyikan harta mereka yang tidak ternilai banyaknya.
Seterusnya serangan tentera bersekutu semakin sengit dan akhirnya satu demi satu wilayah dikuasai Nazi jatuh ke tangan lawan mereka termasuk wilayah Merkers dan Oberbayern.
Ketika itulah tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya menemui banyak harta karun yang di sembunyikan di bawah lombong di Merkers antaranya 8,198 jongkong emas, syiling emas, ketulan perak dan wang kertas yang dianggarkan bernilai lebih US$520 juta ketika itu. Di Oberbayern pula, tentera itu menemui kira-kira US$11 juta harta yang disembunyikan Nazi.
Bagaimanapun, di sebalik semua penemuan berharga itu, terdapat kira-kira US$3 juta lagi harta Nazi termasuk dalam bentuk jongkong emas disembunyikan di lokasi rahsia yang tidak pernah dijumpai sesiapa sehingga ke hari ini.
Misteri berhubung kehilangan harta karun Nazi yang kini bernilai jutaan dolar itu terus menarik minat ramai pihak. Mereka mula berusaha mencari harta karun yang disembunyikan di pelbagai lokasi rahsia dengan harapan meraih kekayaan dan menjadi jutawan.
Matlamat itu menyebabkan pihak terbabit mula mengkaji pelbagai kisah dan maklumat berhubung pergerakan harta karun berkenaan bagi mengesan lokasi rahsia yang ditetapkan Nazi. Dalam usaha itu, mereka menemui satu petunjuk:
Pada satu pagi 1945, jauh di pedalaman Pergunungan Alps, Austria, Ida Weisenbacher segera membuka pintu rumahnya selepas mendengar ketukan bertalu-talu dari luar. Gadis petani berusia 21 tahun itu kemudian mendapati sekumpulan tentera Nazi berdiri di luar sambil memandang serius ke arahnya.
“Keluar cepat! Siapkan gerabak kereta kuda, kami perlukan kamu!” ungkapan tentera Nazi itu menyebabkan gadis itu segera menarik gerabak kereta kuda milik keluarganya dan mengikut pergerakan askar terbabit dengan penuh ketakutan.
Sekumpulan askar kemudian memuatkan banyak kotak berat dari kenderaan tentera ke atas gerabak berkenaan. Setiap kotak ditanda dengan surat dan nombor tertentu yang mencetuskan tanda tanya di minda Weisenbacher berhubung isi di dalamnya.
Apabila gerabak itu sudah penuh, pegawai Nazi itu mengarahkan gadis terbabit membawa muatan itu ke Tasik Toplitz. Gadis itu berulang alik sebanyak tiga kali ke tasik berkenaan dan pada perjalanan terakhir, dia melihat sekumpulan askar mencampakkan kotak berat itu ke dalam tasik berkenaan.
Meneliti kisah berkenaan menyebabkan minda ramai penyelidik tercetus satu tanggapan - mungkinkah kotak dibawa Weisenbacher itu dipenuhi ketulan emas milik Nazi yang masih hilang sehingga kini?
Pada 1959, majalah Jerman ‘Stern’ menghantar penyelam ke tasik berkenaan bagi menyiasat kesahihan maklumat berkenaan. Akan tetapi selepas beberapa lama menyelam, apa yang mereka temui bukanlah jongkong emas sebaliknya tong berisi mata wang pound palsu, dokumen rahsia dan mesin cetak.
Walaupun tidak menemui jongkong emas, penemuan itu secara tidak langsung mendedahkan satu daripada operasi Nazi ketika zaman perang iaitu ‘Operasi Bernhard’ yang membabitkan serangan terhadap ekonomi negara musuh di mana mata wang palsu dalam kuantiti banyak dihasilkan Nazi dan diedarkan ke negara berkenaan bagi menjatuhkan sistem ekonominya.
Penemuan perkakasan Operasi Bernhard itu bagaimanapun tidak melunturkan kepercayaan ramai pihak bahawa terdapat harta karun berupa jongkong emas disembunyikan Nazi di dasar tasik itu.
Kepercayaan itu menyebabkan seorang penyelam bertindak meneroka kawasan tasik itu bagi mencari harta karun pada 1963. Akan tetapi, usaha penyelam terbabit gagal apabila dia maut dalam usahanya itu menyebabkan Kerajaan Austria segera melarang sebarang aktiviti penyelaman di tasik dengan tujuan mencari harta karun.
Bagaimanapun, dalam masa sama, kerajaan terbabit juga menjadikan usaha mencari harta karun di tasik itu sebagai aktiviti pihak berkuasa. Tasik Toplitz diteroka penyelam kerajaan tetapi mereka cuma menemui 18 lagi tong berisi mata wang palsu, plat cetak selain roket, senjata api dan barang ketenteraan di dasar tasik itu.
Beberapa pencarian lagi dijalankan di Tasik Toplitz termasuk menggunakan kapal selam robot oleh stesen televisyen CBS dengan kerjasama Kongres Yahudi Sedunia pada 2000 tetapi tiada jongkong emas ditemui melainkan tong berisi mata wang palsu.
Sehingga kini, ramai masih percaya pencarian di dasar Tasik Toplitz adalah tidak menyeluruh dan tasik itu, seperti juga kebanyakan tasik lain di negara sekeliling Jerman masih tersembunyi harta karun berupa jongkong emas Nazi bernilai jutaan dolar.
Kepercayaan itu semakin kuat apabila seorang penyelam amatur menemui emas padu berbentuk mangkuk besar di dasar Tasik Chiemsee di Bavaria. Emas seberat kira-kira 12 kilogram itu bernilai hampir USD$100,000.
sumber: www.unmuseum.com, www.wikipedia.com
INFO:
Tasik Toplitz
-terletak di Salzkammergut, Austria
-sepanjang dua kilometer, lebar 400 meter dan sedalam 103 meter.
-pada perang dunia kedua, Tasik Toplitz digunakan sebagai lapangan ujian peluru berpandu dari kapal selam.
-Kawasan perairannya memiliki kurang oksigen menyebabkan tidak banyak hidupan kecuali sesetengah bakteria dan cacing yang mampu hidup di dalamnya.
-Dengan kawasannya yang kelam, terpencil dan terasing ketika zaman Perang Dunia Kedua, ia dilihat sesuai untuk menjadi tempat persembunyian harta karun.
-Kehilangan harta Nazi ini disenaraikan ‘World Guinness Book of Records’ sebagai ‘rompakan terbesar dalam sejarah dunia’.
-Selain emas, lombong Merkers turut menjadi lokasi simpanan harta karun lain seperti hasil seni dan artifak dari muzium Jerman serta hasil rampasan perang dari negara lain.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home