ekspedisi ke bulan satu pembohongan?
nasron81
Misteri - Ekspedisi ke bulan satu penipuan?
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
BEBERAPA bulan selepas ‘sejarah besar dalam tamadun manusia’ tercipta apabila manusia buat pertama kalinya berjaya menakluk bulan pada Julai 1969, beberapa pihak mula tampil mengemukakan dakwaan yang membingungkan.
“Ekspedisi Apollo 11 ke bulan satu penipuan!” Demikian mereka berpendapat bahawa kejayaan yang dianggap terulung dalam sejarah tamadun manusia itu sebenarnya satu pembohongan terbesar yang pernah tercipta dan disebarkan kepada seluruh penduduk dunia.
Pihak terbabit percaya bahawa laporan kononnya manusia sudah berjaya menjejakkan kaki ke bulan seperti diwarwarkan ke seluruh dunia ketika itu adalah satu pembohongan yang didalangi organisasi Pentadbiran Angkasa lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).
Mereka berpendapat bahawa dengan kemampuan teknologi angkasa lepas yang baru diteroka ketika itu, angkasawan Neil Armstrong dan krew kapal angkasa Apollo 11 sebenarnya tidak pernah sampai ke bulan.
Sebaliknya, pihak skeptikal terbabit percaya bahawa sebaik dilancarkan ke langit, roket yang membawa krew Apollo 11 sebenarnya tidak pernah pun melepasi atmosfera Bumi, apatah lagi untuk terbang hingga sampai ke permukaan bulan yang terletak kira-kira 384,000 kilometer dari Bumi.
"NASA tidak memiliki keupayaan (teknologi) untuk menghantar angkasawan ke bulan dan mereka menyedari hakikat itu. Mereka sendiri tidak yakin dengan kemampuan untuk melakukannya, dalam kata lain ia suatu usaha yang sia-sia," kata seorang daripada kumpulan penyelidik skeptikal itu, Bill Kaysing.
Kaysing yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat enjin roket Apollo mengemukakan pelbagai teori konspirasi berhubung misi berkenaan dalam bukunya ‘We Never Went to the Moon: America's Thirty Billion Dollar Swindle’ yang diterbitkan pada 1974.
Justeru, apa sebenarnya yang berlaku sepanjang misi berkenaan? Berikut adalah antara beberapa babak yang dipercayai Kaysing sebagai plot dalam drama ‘penipuan’ berkenaan:
Jutaan manusia mula membanjiri kawasan berhampiran Pusat Angkasa Kennedy, Florida pada 16 Julai 1969 bagi menyaksikan detik bersejarah buat tamadun manusia apabila misi menakluk bulan akan dilancarkan pada hari itu.
Kira-kira 700 juta penduduk lagi memakukan pandangan masing-masing tepat ke kaca televisyen bagi menyaksikan peristiwa bersejarah yang disiarkan secara langsung itu.
Tepat jam 13.32 UTC (9.32 pagi waktu tempatan), roket Saturn V mula dilancarkan ke angkasa dan penonton mula bersorak riang menyaksikan detik permulaan ekspedisi angkasa lepas berkenaan.
Bagaimanapun, tanpa disedari ramai pihak, roket Saturn V itu sebenarnya dilancarkan tanpa ada angkasawan di dalamnya! Sebaik roket itu terbang ke angkasa sehingga hilang daripada pandangan orang ramai, ia menjunam ke laut di Kutub Selatan tanpa diketahui sesiapa.
Dalam pada itu, sekumpulan angkasawan misi Apollo 11 diterbangkan secara rahsia ke sebuah lokasi di Nevada (ada yang berpendapat yang lokasi itu adalah Area 51 yang didakwa sebagai kompleks rahsia Kerajaan AS bagi menjalankan pelbagai kajian sulit termasuk makhluk asing dan UFO).
Di lokasi itu, satu pentas kononnya keadaan muka bumi di bulan, dibangunkan. Satu pasukan rahsia yang terdiri daripada pakar kesan khas dan krew produksi perfileman mula bertungkus lumus menghasilkan ‘filem’ yang merakamkan aksi angkasawan berjalan di atas permukaan bulan.
Filem yang antara adegan di dalamnya adalah angkasawan memacakkan bendera AS di permukaan bulan, kemudian dipaparkan di hadapan penduduk Bumi kononnya sebagai bukti bahawa misi menakluk dan menjejakkan kaki ke bulan sudah berjaya dilaksanakan.
Kejayaan itu menyebabkan ramai penduduk terutama penduduk AS bersorak ria kerana satu sejarah besar dalam tamadun manusia sudah dicipta oleh kerajaan negara mereka.
Akhirnya selepas beberapa hari, angkasawan terbabit dimasukkan ke dalam kapsul angkasa bersama ketulan batu bulan palsu dan sebuah pesawat pengangkut membawa mereka secara rahsia dari tapak penggambaran untuk ‘dijatuhkan’ di Lautan Pasifik bagi menggambarkan kumpulan terbabit sudah berjaya sampai kembali ke Bumi.
Demikianlah antara plot dalam skrip drama penipuan berkenaan malah Kaysing turut mengemukakan beberapa keraguan terhadap bukti yang ditampilkan menerusi misi berkenaan.
Antaranya beliau meragui gambar Apollo 11 yang dirakam di permukaan bulan kerana tiada sebarang bintang kelihatan dalam gambar itu; sepatutnya bintang dapat dilihat dengan jelas dan bersinar gemerlapan dalam ruang tanpa udara di bulan.
Beliau juga mempertikaikan mengapa tiada kesan pendaratan pesawat sedangkan kesan tapak kaki angkasawan dapat dilihat dengan jelas. Kesan tolakan enjin pesawat ketika melakukan pendaratan seharusnya akan meninggalkan kesan kawah yang agak besar.
Kaysing berkata, gambar yang merakamkan aktiviti angkasawan di atas permukaan bulan juga agak meragukan. Gambar berkenaan menunjukkan bahagian belakang dan sisi, termasuk bahagian depan angkasawan cerah disinari cahaya, sedangkan dalam keadaan sinaran matahari di bulan, kesan itu mustahil dapat dilihat.
Beliau turut mempersoalkan mengapa garisan ufuk yang sangat jelas membahagikan bahagian depan permukaan bulan dengan bahagian latar belakang yang kabur. Pemandangan seumpama itu biasanya hanya dihasilkan oleh kesan khas dalam sesebuah filem atau pementasan.
Justeru, Kaysing dan beberapa pihak skeptikal sepertinya yakin bahawa ekspedisi ke bulan adalah satu penipuan yang dilakukan NASA bagi memastikan mereka mendapat lebih banyak peruntukan daripada kerajaan.
Pihak skeptikal juga yakin penipuan itu dilakukan kononnya supaya dunia terutama pesaing mereka dalam penerokaan angkasa lepas iaitu Soviet Union mengetahui bahawa AS sudah mendahului negara terbabit dalam bidang itu.
Ini berikutan Soviet Union sudah mendahului AS dalam bidang penerokaan angkasa lepas ketika itu malah angkasawan pertama dunia adalah rakyat Soviet Union iaitu Yuri Gagarin apabila dia menjadi manusia pertama berada di angkasa lepas pada 12 April 1961.
Tujuan penipuan bagi mencipta nama itu kelihatan semakin meyakinkan tatkala diimbau arahan Presiden AS sebelum itu, John F Kennedy kepada Pengarah NASA, James E Webb:
“Segala yang kita harus lakukan adalah menakluk bulan terlebih dulu daripada pihak Russia... jika tidak, kita tidak seharusnya membelanjakan sejumlah wang (yang banyak) kerana saya sendiri tidak berminat dengan angkasa lepas.
“Satu-satunya sebab kita membelanjakan wang sebanyak ini adalah supaya kita berharap dapat mengalahkan Soviet Union dengan menunjukkan bahawa walaupun kita di belakang mereka selama beberapa tahun (dalam penerokaan angkasa lepas), akhirnya kita dapat mengalahkan mereka.”
Bagaimanapun dakwaan Kaysing dan pihak skeptikal lain terus disangkal keras NASA sekali gus meninggalkan persoalan sama ada AS sememangnya negara pertama menakluk bulan atau ekspedisi itu sekadar penipuan terbesar dalam sejarah dunia, terus menjadi misteri.
INFO
Apollo 11
- tiga angkasawan terbabit iaitu Neil Alden Armstrong, Michael Collins, Edwin Eugene ‘Buzz’ Aldrin, Jr.
- berlepas dari Bumi pada 13:32 UTC 16 Julai 1969 dan mendarat di bulan pada 20:17:40 UTC 20 Julai 1969.
-Neil Armstrong diiktiraf manusia pertama menjejakkan kaki di bulan.
- Dalam satu pungutan suara dilakukan akhbar ‘Knight’ setahun selepas misi Apollo 11, lebih 30 peratus responden tidak yakin dengan misi Apollo manakala pakar menganggarkan seramai 25 juta rakyat Amerika meragui kesahihan dakwaan NASA.
-Kaysing turut mendakwa NASA memalsukan kesemua misi Apollo termasuk enam pendaratan yang didakwa berjaya dilakukan.
sumber: www.ufos-aliens.co.uk/cosmicapollo.html, www.wikipedia.com

0 Comments:
Post a Comment
<< Home