simbolik haji
nasron77
Dimensi - Haji
Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my
“AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMU! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu!
“Dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan. Ya Allah, ya Tuhanku! Berilah kerahmatanMu ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad.”
Laungan syahdu ‘talbiah’ bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Kalangan jemaah mula melangkah memasuki kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam dengan menunaikan ibadat haji.
Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.
Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.
Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia; bermula dari Nabi Adam AS, diteruskan Nabi Ibrahim AS seterusnya dilengkapkan Nabi Muhammad SAW pada tahun kesembilan Hijrah.
“Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama yang mengkaji kaedah pelaksanaan dan syariatnya pada zaman itu dan ia tidak jelas kepada kita.
“Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.
“Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan ibadat haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum Rasulullah wafat,” katanya.
Roslan berkata, pelaksanaan rukun serta pelbagai ibadat lain dalam haji memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.
Kaabah yang dikelilingi jemaah haji dari dulu hingga kini pada asalnya dibina Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS.
Diceritakan bahawa pada suatu ketika, Nabi Ibrahim menerangkan kepada Nabi Ismail mengenai satu perintah Allah iaitu supaya mereka membangunkan satu binaan rumah pada sumber air zam-zam.
Kemudian mereka berdua mula membina bangunan terbabit dengan Nabi Ismail membawa batu dan bahan binaan manakala Nabi Ibrahim bertindak sebagai tukang sehingga terdirinya Baitul Atiq atau Kaabah.
Apabila selesai, mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Seterusnya mengelilingi Kaabah atau tawaf pula adalah simbolik kepada perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.
Tawaf dilakukan sebanyak tujuh kali disebabkan ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali.
Selain itu, tawaf juga adalah amalan dilakukan malaikat di Baitul Makmur di langit dan ada pendapat mengatakan kedudukan Baitullah (Kaabah) terletak betul-betul di bawah Baitul Makmur.
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Padang Arafah adalah tapak bersejarah dalam permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini.
Nabi Adam dan isterinya, Hawa dikatakan bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga untuk menjadi khalifah bumi di Jabal Rahmah, Padang Arafah. Di situ juga, Nabi Muhammad (Saw) menyampaikan khutbah terakhir kepada orang Islam.
Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi pengalaman serta peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar. Ia memberi gambaran bagaimana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar semasa mereka di dunia.
Saie yang turut menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.
Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air. Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu.
Akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia menoleh dan mendapati malaikat berada di tempat air zam-zam. Malaikat itu menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air.
Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air.
Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia ini selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.
Melontar Jamrah pula dikatakan berkait dengan kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ketika Nabi Ibrahim diberikan wahyu agar menyembelih puteranya itu, beliau mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina.
Di tempat itulah muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu tetapi iblis tidak berputus asa untuk menggoda Nabi Ismail dan Hajar pula.
Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah ‘melontar’ jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.
Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak kepada ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Hari Raya Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.
Pakaian ihram yang sama bagi setiap jemaah haji pula melambangkan persamaan taraf fizikal dan duniawi di kalangan semua umat manusia. Di sisi Allah SWT, mereka tidak dibezakan dari segi harta, kedudukan, kuasa, bangsa atau bahasa melainkan ketakwaan semata-mata.
Ia sekali gus mampu mengusir keangkuhan dan mencetuskan keinsafan terhadap jemaah betapa kekuasaan atau kekayaan tidak dinilai apa-apa kerana mereka semua adalah setaraf dengan umat manusia lain ketika menunaikan haji umumnya dan di sisi Allah SWT khususnya.
Ketika di Makkah juga, para jemaah digalakkan berdoa bagi menggambarkan betapa mereka hanyalah insan kerdil dan perlu senantiasa mengharapkan bantuan Allah SWT dalam setiap perkara di dunia ini.
Di Kaabah, terdapat batu Hajarul Aswad (batu hitam) dan jemaah haji yang sempat mencium batu itu akan diampunkan segala dosanya. Mengikut kisah, Hajarul Aswad adalah sepotong batu berasal dari syurga yang dijumpai Nabi Ismail ketika sedang membina Kaabah bersama bapanya.
Warna asal Hajarul Aswad adalah putih tetapi ia menjadi hitam selepas ramainya manusia berdosa yang mengucupnya sehingga ‘luruh’ dosa manusia terbabit.
Heading:
IBADAT haji memiliki falsafah tersendiri yang mencakupi segala aspek duniawi dan ukhrawi sekali gus menunjukkan betapa agungnya Allah SWT dalam mengatur sesuatu ibadat.
Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata ibadat haji memberikan pelbagai kesan merangkumi aspek akidah dan keimanan, sosial dan kemanusiaan, ekonomi dan politik.
Beliau berkata, dari aspek akidah dan keimanan, ibadat haji mampu menusuk jiwa rasa jemaah tatkala mengenangkan betapa agungnya Allah SWT sehinggakan sesiapa yang menunaikan ibadat itu akan berasa betapa dekatnya mereka dengan Tuhan Yang Maha Mencipta.
“Tiada siapa yang pergi menunaikan haji di Makkah dan apabila pulang, mereka berasa serik untuk mengulangi ibadat itu. Sebaliknya mereka akan berasa insaf dan hiba dengan segala kesalahan yang pernah dilakukan; mereka rasa dekat sekali dengan Allah SWT dan terlalu bersemangat ingin melakukan ibadat.
“Padahal pada waktu biasa dan ketika berada di negara sendiri, mungkin akan timbul rasa malas dan jauh daripada amal ibadat dan agama,” katanya.
Beliau berkata, perasaan itu seterusnya mencetuskan rasa insaf kepada manusia seterusnya mendorong mereka untuk terus bercita-cita ingin menjadi hamba-Nya yang bertakwa.
Dari falsafah sosial dan kemanusiaan pula, ibadat haji memupuk perpaduan apabila menghimpunkan ramai manusia yang berbeza latar belakang, pengalaman hidup, kekuasaan dan rupa bangsa di Makkah dengan semua manusia itu memiliki niat tulus yang sama, melakukan ibadat yang sama dan bersama-sama mengharapkan keredaan Allah SWT.
“Keadaan ini tidak dapati ditemui di tempat lain dan ia mampu menghilangkan rasa angkuh manusia dengan kelebihan yang mereka ada sebaliknya tercetus rasa keinsafan betapa mereka semua adalah sama, berasal daripada Pencipta Yang Satu,” katanya.
Roslan berkata, ibadat haji juga secara tidak langsung mengukuhkan ekonomi umat Islam apabila ramai peniaga mula bertumpu di Makkah pada musim haji dan ia selaras dengan doktrin Islam yang mahukan umatnya turut berjaya dan menguasai aspek keduniaan selain tumpuan terhadap ibadat ukhrawi.
Dari falsafah politik pula, ibadat haji jelas menunjukkan kepada manusia bahawa satu-satunya kekuasaan yang harus manusia patuh dan taat hanyalah Allah SWT.
“Ketika haji, manusia bersatu untuk menyatakan kepimpinan dan ketaatan kepada yang satu iaitu Allah SWT,” katanya.
Dalam membicarakan soal ‘Haji Mabrur’, beliau berkata, tidak semua jemaah haji mampu beroleh haji mabrur iaitu haji yang diterima Allah SWT.
“Apabila seseorang menunaikan haji dan menunaikan semua rukun haji, maka sempurnalah hajinya tetapi haji mabrur itu bukan sekadar terletak pada ibadat itu saja tetapi kepada manusia yang menunaikan ibadat itu sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seseorang yang beroleh haji mabrur pasti akan terbawa-bawa rasa keinsafan, kemanisan beribadat dan rasa ingin dekat kepada Allah dari musim haji sehingga ke seumur hidupnya.
“Sesiapa yang melakukan ibadat haji perlu ingat bahawa mereka tidak boleh bersandiwara kepada Allah SWT, Allah sentiasa mengetahui niat mereka sama ada ikhlas atau melakukan haji semata-mata maksud lain yang tertentu.
“Kesan daripada semangat dan ibadat yang kita lakukan semasa musim haji juga seharusnya berterusan seumur hidup, bukan pada musim haji semata-mata.
“Allah sudah memilih kita untuk menjadi tetamu-Nya, maka janganlah kita ‘menempelak’ Allah dengan kembali melakukan perkara mungkar dan maksiat selepas Dia menyucikan segala dosa kita semasa haji,” katanya.
INFO
-Definisi haji mengikut bahasa ialah: menuju tempat tertentu. Al-Khalil menakrifkan haji dari segi bahasa sebagai usaha menuju kepada seseorang yang kita muliakan.
-Definisi haji mengikut syarak: menuju ke Baitullah dengan tujuan suci untuk melaksanakan ibadat khusus dengan syarat khusus.
-Antara nas haji berdasarkan al-Quran: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (surah al-Hajj: 27)
-Antara nas haji berdasarkan hadis adalah Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Menunaikan haji ke rumah (Allah) adalah sebagai tugas (kewajipan) ke atas
mereka yang mampu.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Rukun Haji
-Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).
-Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.
-Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
-Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.
-Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.
-Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan.
tamat.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home